| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Elok anak bertuah ibunya, Tentu bertuah pula ayahnya; Elok akhlak berfaedah ilmunya, Tentu berfaedah pula kerjanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Ayam bertuah terbang mengapung, Ekor berjela di dalam padi, Diberi kain ditilamkan; Dalam tanah nan tujuh bidang, Adik seorang yang abang pilih, Yang lain abang haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh bertuah kuali pesuk, Pesuknya membuat api padam; Sungguh bertuah berbini gemu. Gemuknya dapat menjadi tilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh bertuah parang bangkung, Bila disimpan tak usah diasah; Sungguh bertuah orang yang ompong, Bila makan tak payah mengunyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau jala nan tidak kembang, Bila kembang adik kembangkan, Sampan bertuah kita meramu; Kalau nyawa nan tidak hilang, Kalau tak hilang adik sabarkan, Badan bertuah kita bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu? | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | tuah (kata nama) | | Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;, | | | Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk?
Lihat selanjutnya... |
|