Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
| | | 2. menakik-nakik sesuatu yang keras seperti tanah pada pangkal pokok atau kayu. | Cobe kau recak pangkal pokok pisang ni, biau subo. | [tSo.b« kAw Ä«.tSA/ pAN.kAl po.ko/ pi.sAN ni bi.jAw su.bo] | Cuba engkau recak pangkal pokok pisang ni, biar subur. |
orang pangkal | [o.ÄAN pAN.kAl] | | keluarga terdekat yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis perkahwinan seperti mendirikan khemah, dan lain-lain. | Aku ni orang pangkal memang le sebok. | [A.ku ni o.ÄAN pAN.kAl m«.mAN l« se.bo/] | Aku ini keluarga terdekat, memanglah sibuk. |
sekerap batang | [s«.k«.ÄAp bA.tAN] | | skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah. | Sekerap batang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap batang kalau tebal, senang dikopek. |
sekerap tanah | [s«.k«.ÄAp tA.nAh] | | sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang. | Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual. | [kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl] | Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual. |
bahal | [bA.hAl] | kata adjektif | sakit urat yang setempat biasanya pada punggung, pangkal paha atau gusi. | Dah kene bahal gigi le tu, patot tak becakap. | [dAh k«.n« bA.hAl gi.gi l« tu pA.tot tA/ b«.tSA.kAp] | Sudah kena sakit gigi hingga ke uratlah tu, patutlah tidak boleh bercakap. |
temiko | [t«.mi.ko] | kata nama | bekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak. | Tak payah le buang temiko lagi, bedose. | [tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«] | Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa. |
pisau tarek | [pi.sAw tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek. | Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh. |
pisau sorong | [pi.sAw so.ÄoN] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang matanya di sebelah atas dan digunakan secara menolak dari pangkal ke hujung carang (bekas torehan). | Carang tengah paras pinggang sedap le pakai pisau sorong. | [tSA.ÄAN t«.NAh pA.ÄAs piN.gAN s«.dAp l« pA.kAj pi.sAw so.ÄoN] | Bekas torehan berada pada aras pinggang, sesuailah pakai pisau sorong |
pahat tarek | [pA.hAt tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pisau tarek. | Pakai pahat tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pA.hAt tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pahat tarik terasa lebih cepat menoreh |
ketam tarek | [k«.tAm tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); pahat tarek, pisau tarek. | Pakai ketam tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj k«.tAm tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai ketam tarik terasa lebih cepat menoreh. |