PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanoparticle synthesis | | | Kaedah kimia atau fizik yang digunakan untuk menghasilkan nanozarah. Contohnya, kaedah plasma RF, kaedah sol-gel, termolisis dan kaedah denyutan laser. |
ab initio method | | | Teori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schroedinger, nilai pemalar asas atom dan nombor atom yang berkaitan. Terdapat beberapa kaedah seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama. |
first principle method | | | Lihat kaedah ab initio. |
Merrifield method | | | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
scanning probe lithography | | | Kaedah litografi bagi menghasilkan corak bersaiz nanometer pada permukaan suatu bahan terutamanya bahan semikonduktor dengan menggunakan mikroskop penerowongan imbasan (STM) atau mikroskop daya atom (AFM). Corak ini dihasilkan apabila penduga yang bermata tajam mengimbas permukaan dengan menggores permukaan, melakukan pemanasan setempat atau melukis menggunakan dakwat bahan kimia tertentu. Kaedah ini diperlukan bagi menghasikan corak bersaiz di bawah skala 100 nm, yang tidak dapat dihasilkan oleh kaedah litografi optik atau kaedah yang lain. |
heteroepitaxy | | | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur berlainan jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, hablur semikonduktor seperti galium arsenida, germanium dan kadmium telurid (CdTe) dapat dimendapkan pada permukaan hablur silikon. Banding homoepitaksi. |
homoepitaxy | | | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur yang sama jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, silikon jenis-p dimendapkan ke atas silikon jenis-n. Banding heteroepitaksi. |
optical microscopy | | | Kaedah untuk menganalisis sampel dengan lebih jelas melalui pembesaran imej dari kanta dengan cahaya tampak. Kaedah ini mula digunakan pada abad ke-18 dan masih digunakan hingga hari ini. |
optical emission spectroscopy (OES) | | | Kaedah untuk menentukan komposisi unsur pelbagai logam dan aloi. Kaedah ini menggunakan proses ricih/percikan api dengan mengenakan cas elektrik pada sampel hingga wap yang terhasil. Pengesanan komposisi unsur adalah berdasarkan wap yang terhasil. |
electron-beam lithography | | | Kaedah penghasilan litar bersepadu dengan mengimbaskan alur elektron untuk mengukir corak litar bersepadu. Keistimewaan kaedah ini dapat menghasilkan litar dengan kelebaran 10 nm atau kurang. |
|
Tesaurus |
---|
| kaedah (kata nama) | Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori,
tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu., | |
|
|