PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Vickers indenter | | | Jenis pelekuk yang digunakan untuk membuat lekukan berbentuk Vickers pada permukaan bahan uji. Biasanya beban sampel dalam keadaan ringan berukuran 10 gram (g) hingga 1 kilogram daya (kgf). |
optical microscopy | | | Kaedah untuk menganalisis sampel dengan lebih jelas melalui pembesaran imej dari kanta dengan cahaya tampak. Kaedah ini mula digunakan pada abad ke-18 dan masih digunakan hingga hari ini. |
optical emission spectroscopy (OES) | | | Kaedah untuk menentukan komposisi unsur pelbagai logam dan aloi. Kaedah ini menggunakan proses ricih/percikan api dengan mengenakan cas elektrik pada sampel hingga wap yang terhasil. Pengesanan komposisi unsur adalah berdasarkan wap yang terhasil. |
nucleotide structure | | | Struktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat. |
nanosilicate | | | Bahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor. |
nanorod | | | Struktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS). |
|
Tesaurus |
---|
| hingga | 1. Bersinonim dengan batas ( had, takat, sempadan, ) (kata nama:)
2. Dalam konteks waktu bersinonim dengan sampai, lajak, takat, (kata nama:)
3. Bersinonim dengan menyebabkan ( membawa ke, mengakibatkan, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang.
Lihat selanjutnya... |
|