PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Merrifield method | | | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
Cooper pair | | | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
|
Tesaurus |
---|
| hadiah (kata nama) | Bersinonim dengan pemberian, anugerah, kurniaan, bintang kehormat, pingat, oleh-oleh, cendera mata, cendera hati, tanda mata, sagu hati, buah tangan, pembawaan, ompang-ompang, tahfifiah;, | | Kata Terbitan : menghadiahkan, |
|
|