PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
micelle | | | Gugusan molekul surfaktan yang terserak dalam cecair koloid. Suatu misel yang tipikal dalam larutan akues membentuk gugusan sfera dengan bahagian hadapan hidrofilik bersentuhan dengan pelarut di sekelilingnya. Misel juga berbentuk elips, silinder atau dwilapisan. |
adenosine | | | Nukleosida yang terdiri daripada adenina dan D-ribosa. Adenosina ialah bahan kimia yang digunakan dalam bidang perubatan dan memainkan peranan penting dalam proses biokimia seperti pemindahan tenaga dalam adenosina trifosfat (ATP) dan adenosina difosfat (ADP). Bahan ini menjadi model untuk pembuatan bionanosensor pada masa hadapan. |
cellular automaton | | | Sistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan. |
|
Tesaurus |
---|
| hadap (kata nama) | 1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,
2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan, |
|
Puisi |
---|
|
Jangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga.
Lihat selanjutnya... |
|