PeribahasaDisangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.TakrifOrang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat harta timbul.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntung sabut timbul, untung batu tenggelam.TakrifUntung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang tapak tukul, timbul tapak canai.TakrifPerbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut.TakrifIlmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdua mendatangkan perbantahan.TakrifTidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeski tertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.TakrifKebenaran yang tak dapat disembunyi-sembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kosong, dibuat gulai.TakrifKeinginan timbul bila dalam kekurangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.TakrifOrang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| timbul (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam, Berantonim dengan tengelam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit, Berantonim dengan lenyap
3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,
| Kata Terbitan : menimbulkan, |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|