PeribahasaHilang tapak tukul, timbul tapak canai.TakrifPerbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCium tapak tangan, berbaukah atau tidak?TakrifLihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.TakrifPerbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpijak benang arang, hitam tapak.TakrifBerbuat jahat, jahat balasannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah terpijak benang arang, hitamlah tapak.TakrifKalau sudah melanggar undang-undang maka terimalah ganjarannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.TakrifBencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.TakrifKalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.TakrifNasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.
Lihat selanjutnya... |
|