PeribahasaTangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.TakrifJangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi habis budi bersua.TakrifSahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir besar, batu bersibak.TakrifSaudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.TakrifKeluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.TakrifSahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersaksi ke lutut.TakrifMinta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenduk dengan belanga lagi berlaga.TakrifSuami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenduk dan periuk lagi berantuk.TakrifSuami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anak ayam kehilangan induk (= ibu).TakrifKesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.TakrifSuami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sahabat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut, Berantonim dengan ketua
| Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.
Lihat selanjutnya... |
|