Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langit runtuh, bumi telah terban.

Takrif

Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh).

Takrif

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunga gugur putik pun gugur.

Takrif

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langit runtuh, bumi cair.

Takrif

Segala harapan sudah musnah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat durian runtuh.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.

Takrif

Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.

Takrif

Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.

Takrif

Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

Takrif

Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
runtuh
1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,

2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,

Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan,

Puisi
 

Hijau kuning bunga kenanga,
     Dipatah dahan bagai nak runtuh;
Putih kuning bijaklaksana,
     Itu memberi imanku jatuh.



Lihat selanjutnya...