PeribahasaPermata lekat di pangkur.TakrifSesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermata dibalas dengan senjata.TakrifKebaikan dibalas dengan kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu permata intan, sekarang batu Belanda.TakrifOrang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti permata salah serudi.TakrifOrang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti permata baik tak kena ikatannya.TakrifPerempuan terpelajar bersuamikan lelaki yang rendah budi pekertinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menjaga permata intan ketika dicanai.TakrifKasih sayang yang tidak ada taranya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cincin dengan permata.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerahu papan bermuat intan.TakrifSesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenyapu diikat sutera.TakrifSesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
53 | Don't bite the hand that feeds you | Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita. | Permata dibalas dengan senjata | We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you | Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah permata dibalas dengan senjata . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| permata (kata nama) | 1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,
2. Dalam konteks jenis bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna,
topaz, turkois, zamrud.,
|
|
Puisi |
---|
|
Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.
Lihat selanjutnya... |
|