PeribahasaBerbaur pangkal perceraian.TakrifJika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan. (Bandingkan dengan: Berdua mendatangkan perbantahan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.TakrifHemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHulu malang pangkal celaka.TakrifPermulaan segala bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujung lurus, pangkal berkait.TakrifKelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelunjuk lurus, kelingking berkait.TakrifKelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujung lurus, pangkal berkait, b. Lurus basai piarit, c. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGetah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.TakrifAnak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai.TakrifBerbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUjung (hujung) lurus, pangkal berkait.TakrifKelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai dekan di bawah pangkal buluh.TakrifPandai menyembunyikan rahsia. dekan = ulat yang makan buluh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai.TakrifSeluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pangkal (kata nama) | 1. Dalam konteks bahagian permulaan bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor, Berantonim dengan hujung
2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,
| Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan, |
|
Puisi |
---|
|
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.
Lihat selanjutnya... |
|