PeribahasaOrang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangnya.TakrifOrang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.TakrifOrang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama.TakrifOrang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.TakrifWalaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSampai bersalam, pulang berterajang.TakrifMasuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.TakrifOrang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau sakit, sapi beroleh nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiarlah terjual nyawa, jangan terjual nama.TakrifTidak takutkan mati jika pada jalan yang benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau punya susu, sapi punya nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
Puisi |
---|
|
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Lihat selanjutnya... |
|