PeribahasaKeladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya.TakrifOrang muda sangat mudah panas darahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam.TakrifOrang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.TakrifPengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerambau kerbau kerana rumput muda.TakrifRosak anak muda kerana melihat perempuan muda yang elok.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuda diajun, kikir diperbuat.TakrifMahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBandot tua makan lalap muda.TakrifLelaki tua beristerikan perempuan muda. bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat muda menanggung rindu.TakrifOrang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelapa muda tak berminyak.TakrifOrang muda yang belum ada pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNibung bangsai bertaruk muda.TakrifOrang tua yang berlagak muda. bangsai = rapuh dan buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.TakrifOrang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| muda (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung,
ubun-ubun masih lembik, masih berhingus, Berantonim dengan tua
2. Dalam konteks buah bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau, Berantonim dengan tua
3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung, Berantonim dengan lewat
| Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda, |
|
Puisi |
---|
|
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Lihat selanjutnya... |
|