PeribahasaMabuk kerana beruk berayun.TakrifGilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMabuk di enggang lalu.TakrifSangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam mabuk tahi.TakrifPucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai orang mabuk gadung.TakrifPucat lesi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anak dara mabuk andam.TakrifLemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?TakrifSengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutik mendului bunga, buahnya mabuk dimakan.TakrifPerempuan yang hamil sebelum nikah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.TakrifKeadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang.TakrifSesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.TakrifMenghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
147 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mabuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran,
hilang akal, khayal,
2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,
| Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah?
Lihat selanjutnya... |
|