PeribahasaKurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).TakrifPerkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang kerat, rengkuh yang lebih.TakrifUsaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.TakrifHilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berperut lipat.TakrifKurang pertimbangan atau kurang fikiran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.TakrifJika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar kurang garang asal lebih gaya.TakrifMenunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelanga kurang, periuk yang melebih-lebih.TakrifOrang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.TakrifCukup mempunyai segala yang diperlukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?
Lihat selanjutnya... |
|