PeribahasaAdat diisi, janji dilabuh.TakrifAdat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.TakrifSegala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.TakrifSegala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa yang berkata harus berkota.TakrifJanji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengail berumpan, berkata bertipuan.TakrifHarus pandai mempersenangkan hati orang, kalau kita menghendaki sesuatu daripada orang itu. bertipuan = bermuslihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggenggam erat, membuhul mati.TakrifPerjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi bongsu pengindang antah.TakrifSemuanya harus bekerja kerana kemiskinan; tidak dapat dimanjakan. pengindang = penampi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmas berpeti, kerbau berkandang.TakrifHarta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau kandang, emas berpura.TakrifHarta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTernak bergembala, parak berpagar.TakrifHarta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| harus (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,
2. Dalam konteks hukum Islam bersinonim dengan jaiz, mubah,
| Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat.
Lihat selanjutnya... |
|