Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud minimum,upah minimum | Maksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan = mengurangkan ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling rendah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit. | Makna | 16.09.2010 |
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang? | Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut: 1. Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput. atau: Abang mengambil upah memotong rumput pada setiap petang. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani yang miskin di negara ini. (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.) 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya. (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas. Misalnya, bunga yang telah kembang itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ). | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya. | Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
Dia membayar wang selepas mengambil makanan itu. Adakah frasa kerja "membayar wang" itu betul? atau membayar harga makanan yang dibeli? TQ | Dia membayar makanan yang dibeli. (Betul) membayar (Kamus Dewan Edisi Keempat)- memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik Contoh lain; Dia membayar sewa rumah. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| upah (kata nama) | Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;, | | Kata Terbitan : mengupah, upahan, |
|
Puisi |
---|
|
Naik kuda bertali sabut, Sampai ke Jawa upah ke bendang; Dulu muda semua berebut, Sudah tua siapa tak pandang.
Lihat selanjutnya... |
|