Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih. | Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang imbuhan 'ter' yang dikatakan hanya bergabung dengan kata adjektif, contohnya 'tercantik ' tidak boleh hadir bersama-sama kata penguat paling dan sekali. Persoalannya, bagaimana dengan imbuhan 'ter' yang bergabung dengan kata nama contohnya 'ternama' dan yang bergabung dengan kata kerja contohnya 'terdesak'. Bolehkah perkataan-perkataan tersebut menerima kata penguat paling dan sekali. Sekian, terima kasih. | Ada dua isu yang berbeza dalam hal ini. Pertama, awalan teR- boleh bergabung dengan kata kerja (terduduk) dan kata nama (ternama). Dan kedua ter + kata adjektif bagi mengungkapkan darjah penghabisan tidak termasuk dalam awalan teR-. Penggunaan kata adjektif yang betul ialah ter + kata adjektif (tercantik), kata adjektif + sekali (cantik sekali) dan amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat cantik sekali). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170 dan 244. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
Apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi perkataan noted? | Maksud noted adalah terkenal, ternama dan termasyhur seperti contoh ayat, an island noted for its beautiful beaches yang bermaksud sebuah pulau yang terkenal kerana pantainya yang indah-indah. Walau bagaimanapun, makna noted sebagai “maklum” sering juga digunakan dalam konteks bahasa percakapan. Penggunaan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan noted perlulah mengikut konteks dalam ayat dan bidang tertentu. Sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 822. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.02.2025 |
Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwi bahasa ,Tuan,Saya nak bertanyakan soalan Apakah kesalahan imbuhan di atas | Syahril mudah mendapatkan pekerjaan di syarikat yang ternama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwibahasa. | Tatabahasa | 08.01.2021 |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
Peribahasa |
---|
| 100 Nothing so bad but it might have been worse Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya. Dalam buruk ada baik She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But nothing so bad but it might have been worse. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank! Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|