Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualakum, tuan/puan, soalan saya perkataan "terhadap", jika pada tajuk adakah ditulis sebagai "Terhadap" atau "terhadap". Mohon pencerahan. | Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap. | Lain-lain | 05.10.2021 |
apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya. | Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..." | Tatabahasa | 06.01.2015 |
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
'ke atas' atau 'terhadap' "... memberi perhatian [ke atas/ terhadap] perkara dibangkitkan." Kata yang mana satu betul diggunakan? | Perkataan yang lebih sesuai ialah "terhadap" --> ...memberi perhatian terhadap yang dibangkitkan. | Lain-lain | 29.05.2016 |
Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Terhadap atau kepada? | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas. | Lain-lain | 18.04.2025 |
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih. | 1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 30.05.2016 |
Penggunaan mana yang betul ?(simpati terhadap , pada ,dengan) | Penggunaan yang betul ialah simpati terhadap. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Ali berasa simpati terhadap orang tua itu. | Tatabahasa | 29.04.2021 |
Mohon semak ayat di bawah: 1. Cinta terhadap negara 2. prihatin terhadap Ali 3. rindukan ibu | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Saya cinta akan negara. 2. Saya prihatin terhadap Ali. 3. Saya merindui ibu. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575.
| Tatabahasa | 13.03.2025 |
Saya telah membuat analisis terhadap masalah yang ditinjau. Adakah penggunaan perkataan "terhadap" betul? | Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Maka ayat yang betul: Saya telah membuat analisis tentang masalah yang ditinjau. | Tatabahasa | 15.10.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| hadap (kata nama) | 1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,
2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan, |
|
Peribahasa |
---|
| 55 Don't bite the hand that feeds you Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita. Kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|