Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tuan Tindakan yang tegas dikenakan ke atas pesalah itu. (ke atas salah dalam ayat ini dan wajar digantikan dengan terhadap. Saya amat kekeliruan tentang ke atas dan terhadap. ) TQ | Tindakan yang tegas dikenakan ke atas pesalah itu. Frasa ke atas digunakan untuk merujuk tempat seperti Kayu yang dipijaknya terjongket ke atas dan terhadap diikuti objek seperti ... terhadap pesalah. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan tuntas.Pelajar saya akerap menggunakan perkataan tuntasnya, secara tuntas dalam karangan mereka.Yang mana satu betul.Maksud tuntas ialah menyeluruh ,singkat,tegas.Mohon penerangan.Terima kasih. | Tuntas bermaksud secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja) atau tegas. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana bagi menggambarkan maksud tersebut dan perlu disesuaikan dengan fungsinya sebagai adjektif. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Ayat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah, 2) daripada parti memerintah, 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap, 4) akibat daripada tindakan polis, 5) prokerajaan, 6) disalah guna | Tatabahasa | 06.02.2011 |
apakah kata lawan bagi tegas? | Untuk makluman saudara, dalam bahasa Melayu, tidak semua perkataan ada lawannya. | Istilah | 14.02.2010 |
Cikgu Lim seorang guru yang tegas ______penyayang. a.tetapi b.dan *jawapan yang mana lebih sesuai? | Perkataan tetapi atau namun lebih sesuai. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih. | Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat. 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamai kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
Semua pelajar sekolah itu ____ hormat akan guru disiplin mereka yang tegas tetapi penyayang itu. a) paling b) nian c) benar d) sungguh. soalan saya ialah bagaiamanakah cara hendak menjawab soalan ini? | d) Sungguh hormat | Tatabahasa | 04.07.2008 |
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP | Encik Sallehuddin, Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini. | Lain-lain | 01.10.2010 |
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. | Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 | Lain-lain | 13.10.2008 |
Apakah maksud istilah tatasemia? Terima kasih. Mengapakah akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk utama atau subtajuk? DBP perlu bertindak tegas terhadap akhbar harian yang memandang remeh terhadap hal ini kerana akhbar merupakan penyalur ilmu dan model bahaha? | Harap saudara dapat memberikan konsep atau konteks penggunaan bagi kata tatasemia. Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara tentang peranan dan tanggungjawab DBP dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul, khususnya dalam media cetak. DBP sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa melalui pelbagai saluran seperti khidmat nasihat dalam talian, melalui faksimile, telefon dan juga kunjungan. | Lain-lain | 29.05.2008 |