Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke? | taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu. | Tatabahasa | 22.10.2007 |
Yang mana yang betul penggunaannya? ...dia mencapai Taraf Cemelang ... dia mencapai taraf cemerlang. ... diak mencapai taraf Cemerlang. | Ayat yang betul ialah "dia mencapai taraf cemerlang". | Tatabahasa | 12.06.2012 |
"taraf hidup" atau "taraf kehidupan"? Manakah satu yang betul? | "taraf hidup" atau "taraf kehidupan" - kedua-duanya betul | Tatabahasa | 02.08.2008 |
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih. | Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut. | Makna | 18.01.2010 |
Munsyi Dewan Kemusyikilan yang sering menghantui minda saya adalah tentang penggunaan kata keterangan 'lagi' dalam frasa kerja transitif, yakni 'meningkatkan lagi taraf kehidupan' ataupun 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Persoalannya, bolehkah kata keterangan 'lagi' dapat disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama objek? Pada pengamatan saya, rumus kkt + lagi + objek adalah tidak gramatis kerana kkt dan objek merupakan bentuk terikat. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Lagi ialah kata penegas atau yang disebut juga partikel, berfungsi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ayat 'meningkatkan lagi taraf kehidupan 'sememangnya tidak gramatis, yang gramatis ialah ayat 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ? | Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul. | Makna | 19.11.2008 |
Betulkah perkataan ini... menaik taraf (tidak ditemui dalam kamus dewan) atau menaraf? | Perkataan yang betul ialah menaik taraf - untuk maksud meningkatkan/meninggikan kedudukan (taraf, perkhidmatan dan lain-lain) | Tatabahasa | 19.05.2008 |
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tq | Taraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betul | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Sejauh manakah pencapaian Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perancangan taraf Bahasa Melayu? Apakah aktiviti yang menjurus kepada peningkatan taraf bahasa Melayu yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dari terbentuknya DBP sehingga masa sekarang. Terima kasih.. | Perancangan taraf bahasa Melayu yg dilaksanakan oleh DBP memang banyak dan berterusan. Untuk menjawab soalan ini sdr perlu membaca atau mendapatkan bahan mengenainya di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sdr bolehlah mendapatkan buku Citra yg membincangkan kemajuan yg telah dicapai oleh DBP dan perancangan berterusan yang selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 19.03.2009 |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |