Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam sejahtera, 1. Saya di sini sihat-sihat sahaja. 2. Saya sihat-sihat sahaja di sini. 3. Ali di padang bermain bola 4. Ali bermain bola di padang Ayat yang mana betul ? T.kasih. | Salam sejahtera, Kesemua ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Ejaan untuk sihat walafiat atau sihat wal afiat atau sihat wal-fiat ? terima kasih. | Jawapan yang betulnya ialah walafiat. Rujuk Kamus Dewan Edisi keempat untuk keterangan lebih lanjut. Harap maklum. | Ejaan | 09.08.2007 |
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam wacana ini. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
Salam...yang mana yang betul... Saya mendoakan agar ibunya cepat sihat. atau... Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat. Kenapa jawapan itu sebegitu. | Ayat yang betul ialah "Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat." Kata kerja transitif "mendoakan" mesti diikuti oleh objek, iaitu ibunya. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Merujuk soalan ejaan jawi bagi contoh perkataan sabun dan sihat. Minta maaf kerana saya masih tidak jelas maksud 'sihat merupakan suatu istilah'. Apakah yang dimaksudkan dengan 'istilah'.Tolong beri contoh yang lain.Terima kasih | istilah Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; | Tatabahasa | 25.07.2007 |
definisi - kesihatan - hospital swasta | Kata kesihatan adalah daripada kata sihat yang mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal sihat,kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll.). Hospital swasta bermaksud hospital yang ditadbir dan diurus oleh pihak swasta,iaitu bukan milik kerajaan. | Makna | 26.01.2008 |
apakah orang gila | Menurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; | Lain-lain | 24.12.2007 |
Apakah kesalahan ayat ini : Ketidakhadiran Cikgu Fatimah dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat. | Ayat yang gramatis ialah Cikgu Fatimah tidak hadir dalam majlis itu kerana kurang sihat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Apakah sebutan bagi perkataan berikut dari segi bahasa baku 1) sihat ( si / hat atau sé / hat ) 2) upih ( u / pih atau u / péh ) sekian, terima kasih | Dalam sistem bahasa Melayu, sebutan adalah seperti ejaan. Maka sihat disebut si.hat (bukan se.hat) dan upih disebut u.pih (bukan u.peh). | Tatabahasa | 20.06.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| sihat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas, Berantonim dengan sakit
2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras, Berantonim dengan sakit
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,
| Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan, |
|
Puisi |
---|
|
Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.
Lihat selanjutnya... |
|