Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah ayat yang betul: 1. TOLONG SENYAP AGAR KUSYOK JEMAAH BERSOLAT. 2. TOLONG SENYAP AGAR JEMAAH KUSYOK MENGERJAKAN SOLAT. | Ayat yang betul ialah "Mohon senyap agar jemaah khusyuk mengerjakan solat." Ayat lain yang boleh digunakan ialah "Mohon senyap. Jemaah sedang bersolat." | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Selamat sejahtera. (A) Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'secara' dan 'dengan'? Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan. 2. Saya membaca buku di dalam perpustakaan dengan senyap. 3. Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan. 4. Saya membaca buku di dalam perpustakaan secara senyap. (B) Bagaimanakah membezakan penggunaan 'supaya' dan 'untuk'? (C) Adakah 'ai' yang terdapat dalam perkataan 'pacaindera' ialah diftong dan harus disebut pa+cain+de+ra? (D) Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya beratur sebelum menaiki bas. 2. Saya beratur untuk menaiki bas. Terima kasih. | 1. Melihat kepada aspek makna, perkataan secara bermaksud cara membuat sesuatu, manakala dengan bermaksud kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan. Berdasarkan makna tersebut ayat yang betul ialah "Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan" dan "Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan". 2. Supaya bermaksud agar atau hendaknya, manakala kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. 3. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Huruf a dan i dalam perkataan pancaindera bukan dalam suku kata yang sama. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya. | Istilah | 11.11.2010 |
1.ayat yang mana satu yang paling sesuai di gunakandan boleh tolong beri penjelasan: a) Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan. b)Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran secara senyap di perpustakaan. 2.adakah ayat ini betul Murid-murid sedang membaca buku dengan tidak membuat bising. | 1. Penggunaan perkataan "dengan" dan "secara" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Ayat yang paling sesuai ialah "Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan." Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. 2. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Bolehkah ayat ini menjadi ayat yang lengkap dalam karangan Bahagian A( Gambar tunggal - aktiviti) SJK(C)? 1) Terdapat dua orang budak sedang membaca buku dengan senyap di perpustakaan. Bolehkah sesuatu ayat itu dimulakan dgn terdapat utk menceritakan aktiviti dalam gambar? | Ayat di atas betul dalam konteks tersebut. | Tatabahasa | 18.12.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| senyap (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap, Berantonim dengan bising
2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu, Berantonim dengan becok
3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap, Berantonim dengan sibuk
4. Bersinonim dengan nyenyak: lena
| Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan, |
|
|