Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi? | Salam Maal Hijrah 1432, Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang menyerap masuk nilai-nilai Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003). Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724. Salam takzim. | Lain-lain | 04.12.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sendeng (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senget: miring, sadak, condong, tinggi sebelah, rendah sebelah, ruyung, tuding, tubing, serong, mendoyong, jeneng, merunduk, berat sebelah, herot, kencong, pencong, gendeng, sondai, landai, sinting, teleng, serendeng, reyok, menghereng, sayung, Berantonim dengan tegak
2. Bersinonim dengan kurang siuman: kurang ingatan, sasar, setengah gila, agak gila, gung, sinting, otak miring, Berantonim dengan waras
| Kata Terbitan : bersendeng, menyendeng, menyendengkan, tersendeng-sendeng, |
|
|