Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat." | Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 01.08.2013 |
Ingin menerangkan pada sahabat atau Ingin menerangkan kepada sahabat? | Ingin menerangkan kepada sahabat. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafan | Makna | 25.03.2012 |
Salam sejahtera, Frasa "kedua-dua orang sahabat karib" atau "kedua-dua sahabat karib" betul? Bilakah kita perlu menggunakan penjodoh bilangan selepas kata bilangan. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edidi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya, kelima-lima ekor kambing, sepuluh buah bangunan, beratus-ratus orang penonton. Oleh itu, kedua-dua frasa yang dikemukakan adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
dipertemui: dua orang sahabat yang lama tidak jumpa itu telah dipertemui dalam satu majlis perkahwinan. betul ayat ini? | Jawapan yang betul ialah Dua sahabat yang telah lama tidak berjumpa bertemu dalam satu majlis perkahwinan. | Lain-lain | 29.03.2007 |
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih. | Jawapan 1: Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Jawapan 2: Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum. Jawapan 3: Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....". | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Salam, Saya hendak tahu penggunaan istilah yang betul bagi merujuk kepada pemerintahan empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW. Adakah Khulafa' al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidin? Terima kasih. | Bagi merujuk pemerintahan empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW, istilah yang betul ialah Khulafa ar-Rasyidin kerana khulafa ialah bentuk jamak bagi khalifah. | Istilah | 14.09.2012 |
maksud perkataan rakan | Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus DWan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum. | Makna | 26.08.2007 |
1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasih | Justeru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
Assalamualaikum/salam sejahtera Saya ingin memastikan ejaan perkataan OPTISIANRI (English- opticianry). Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat saya yang berkecimpung dalam bidang ini mengatakan bahawa ejaan BM yang sebenar ialah OPTICIANRI. Walau bagaimanapun setelah menyemak melalui Karyanet saya mendapati ejaan yang diberikan ialah OPTISIANRI. Oleh itu, bolehkan pihak tuan memberikan ejaan yang sebenar untuk terjemahan opticianry? Terima kasih. Syahidathul Irma Binti Dzulkifli | Ejaan yang betul ialah optisianri. | Ejaan | 05.08.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sahabat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut, Berantonim dengan ketua
| Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.
Lihat selanjutnya... |
|