Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat | Tragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
apakah beza maksud runtuh dan roboh? | Kamus Dewan menakrifkan runtuh sama maksudnya dengan roboh, iaitu jatuh kerana rosak. | Makna | 16.08.2011 |
Gerakan menyelamat /penyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan dan mengapa? | Gerakan menyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan menyelamat merujuk kepada perbuatan, manakala penyelamat ialah orang yang menyelamat. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Bolehkah ditulis pantun seperti ini? (Dengan ditulis hurus besar pada setiap perkataan pertama) Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa; Sendi Bangsa Ialah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa. | Tanda baca yang digunakan dalam ejaan pantun tersebut adalah betul. | Ejaan | 27.09.2012 |
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang | Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan. | Lain-lain | 21.02.2010 |
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih. | Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki | 1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh... | Selamat petang Puan Melati, Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah: Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh... | Tatabahasa | 15.10.2012 |
sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasih | Dalam proses. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
Assalammualaikum & Salam sejahtera Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di sarawak. Saya ingin tahu dari manakah asal usul simpulan bahasa berikutdan apakah cerita di sebalik setiap simpulan bahasa itu. anak emas tangkai jering mati katak pisau cukur ajak-ajak ayam malu-malu kucing ringan tangan serkap jarang durian runtuh otak udang segala bantuan amat saya hargai, sekian terima kasih :) | Soalan ini sudah dijawab. | Lain-lain | 21.02.2010 |