Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
beberapa buah bangunan di kawasan itu_______akibat daripada gempa bumi. A ranap B musnah C tumbang D hancur) tuan, jawaban ialah B, tetapi pada pandangan saya, A juga betul. Tuan, bagaimana dengan pendapat tuan tentang soalan ini. TQ | Mengikut Kamus Dewan, 'ranap' bermakna 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): Diberi contoh ranap akibat gempa bumi. 'Musnah' pula bermaksud ' binasa atau rosak semuanya'. Pada pendapat kami, kedua-dua perkataan iaitu 'ranap' dan 'musnah' adalah betul. Namun jika ditunjukkan dengan jelas gambar bangunan yang 'ranap' atau 'musnah' anda boleh memilih jawapan yang terbaik. | Makna | 22.08.2011 |
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki | 1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| ranap (adjektif) | Bersinonim dengan roboh, tumbang, runtuh, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranah, hancur,
berkecai, meledos;, | | Kata Terbitan : meranapkan, keranapan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang.
Lihat selanjutnya... |
|