Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya nak tanya maksud mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau disebabkan perkataan ini tidak dikenali oleh cikgu saya.tolong diintrepretasikan pèrkataan untuk saya gunakan perkataan ini dalam karangan. | Untuk melihat makna perkataan, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Kamus hanya memberikan maksud setiap perkataan, bukan makna ayat, contohnya makna mengindoktrinasikan boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mengindoktrinasikan. | Makna | 13.05.2018 |
Apakah perbezaan antara pucuk dan laras (penjodoh bilangan) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain). Laras ialah penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk. Oleh itu, persamaannya ialah kedua-duanya boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk senjata api. | Makna | 26.07.2011 |
Bagaimanakah nak menjadi pendeta bahsa melayu seperti zaba ada petua bagi didorongnya kalau ada tip, saya akan boleh menjadi seorang munsyi yang membawa kegemilangan kekal bahasa.ada satu soalan yang masih meruncup yakni maksud jogi berhaman bujangga. Dalam soalan apakah maksud haman.tolong menerangkan dengan contoh ayat yang boleh dipakai.dalam contoh ayat saya mahu perkataan mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau bagi memperjelas ayat yang saya diingini.tolong tuan. | Maaf, soalan yang dikemukakan oleh saudara tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan boleh difahami. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 31.05.2018 |
Apakah benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan pucuk, bidang dan laras? Sila berikan beberapa contoh... | Tuan, Pucuk :penjodoh bilangan bagi surat. Misalnya, dia terima sepucuk surat daripada sahabatnya. Laras: penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga laras senapang patah. Bidang: penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dsb): sebidang tanah Pak Ali telah dijual kepada Pak Karmun. Sekiranya tuan ingin melihat beberapa penjodoh bilangan yang lain, tuan boleh merujuk Kamus Dewan. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Bagai pucuk dilancarkan | Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). = Amat cepat. | Makna | 04.02.2009 |
Penjodoh Bilangan senapang ialah pucuk atau laras? kalau dalam latihan ada dua pilihan iaitu pucuk dan laras, apakah jawapan yang patut dipilih? terima kasih | Jawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Apakah maksud pucuk jagus? | Ejaan yang betul ialah janggus, iaitu sejenis tumbuhan atau dikenali juga sebagai gajus. Pucuk janggus/gajus ialah daun muda tumbuhan tersebut. | Makna | 17.07.2011 |
Adakah penggunaan frasa kata kerja "meragut pucuk pokok"dalam ayat berikut betul? Kalau tidak, apakah kata kerja yang sesuai digunakan ? Contoh ayat : Zirafah meragut pucuk pokok di savana. Terima kasih | Meragut bermaksud memakan rumput hidup dan sebagainya. Perkataan mergaut boleh digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 17.07.2015 |
Assalamualaikum tuan di talian, Betulkah penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat contoh yang berikut. 1. Ibu membimbit bakul yang berisi secekak pucuk ubi dan sebiji jantung pisang pulang dari kebun. 2. Mak Intan memetik secekak pucuk paku dan dua batang bunga kantan di belakang rumah. Sekian, terima kasih. | Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya dan perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Bilah, pucuk, batang? Harap dapat jelaskan. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum. | Tatabahasa | 02.11.2011 |