Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL UNTUK BAYI KEMBAR PEREMPUAN ATAU BAYI PEREMPUAN KEMBAR? | Lazimnya disebut jantina dahulu, iaitu "Bayi perempuan kembar". | Tatabahasa | 06.06.2011 |
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh) ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll). | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Untuk penulisan surat rasmi, adakah kata panggilan "tuan" boleh digunakan untuk merujuk kepada semua penerima surat, sama ada lelaki atau perempuan? | Jika tidak diketahui penerima surat itu sama ada lelaki atau perempuan, maka hendaklah ditulis dengan tuan, tetapi jika penerima surat itu diketahui seorang perempuan, maka hendaklah ditulis dengan puan. | Tatabahasa | 18.07.2011 |
pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas. | Pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas - ayat ini betul kerana menyakiti bermaksud menyebabkan berasa sakit, sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain. | Tatabahasa | 27.03.2010 |
salam, saya nak tanye. Apa beza wanita, perempuan dan dara dari sudut istilah? | Wanita dan perempuan ialah individu yang boleh mengeluarkan ovum atau telur, manakala dara tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dengan lelaki, atau disebut juga perawan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Assalamualaikum, Tuan, saya ingin mengetahui panggilan yang sesuai untuk digunakan dalam surat penghargaan kepada lelaki dan perempuan. Bolehkah saya menggunakan panggilan 'Tuan' untuk kedua-dua jantina penerima atau saya perlu gunakan 'Tuan' untuk merujuk kepada penerima lelaki dan 'Puan' untuk merujuk kepada penerima perempuan? Sekian, terima kasih. | Sapaan yang betul ialah tuan bagi lelaki dan puan bagi perempuan. Walau bagaimanpun jika penerimanya ramai dan terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka hendaklah ditulis tuan/puan. | Tatabahasa | 13.06.2011 |
NYATAKAN GOLONGAN KATA UNTUK 1. PEREMPUAN 2. KALANGAN 3. BENARKAH KATA 'IA' BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SELAIN DARIPADA BENDA HIDUP? | 1. Perempuan - kata nama 2. Kalangan - kata nama 3. 'Ia' merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan termasuklah orang, benda dan perkara. Oleh itu, 'ia' boleh digunakan untuk merujuk benda hidup atau bukan hidup. | Tatabahasa | 13.01.2011 |
Saya dimaklumkan bahawa perkataan "memberi" perlu diikuti dengan benda bernyawa. Akan tetapi, bagaimanakah kalau benda bernyawa menjadi objek pemberian? Contoh: Pak Samad memberikan anak perempuannya kepada Ali untuk dijadikan isterinya. Dalam kes ini, "memberi anak perempuan" atau "memberikan anak perempuan" yang betul? | Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa.
| Tatabahasa | 30.10.2013 |
Tolong dijelaskan penggilan kata "Puan" dan "Cik" sebelum nama seorang perempuan. Mohon jawaban diemailkan ke zulfirman@gmail.com. Terima kasih | Puan ialah sapaan umum bagi perempuan/wanita dalam konteks rasmi seperti tuan pada orang lelaki.iaitu sapaan untuk orang diri kedua. Cik hanyamerupakan rujukan kehormat yang digunakan sebelum nama sebenar.tetapi sebutan dalam surat-menyurat rasmi ialah puan. | Lain-lain | 22.03.2008 |
Adakah penggunaan frasa 'terlalu rupawan pengantin perempuan itu' betul? Jika salah, mengapakah salah? | Saudara Tammychong, Frasa 'terlalu rupawan pengantin perempuan itu' penggunaan ayatnya adalah betul. | Tatabahasa | 17.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| perempuan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina, Berantonim dengan lelaki
2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri, Berantonim dengan suami
| Kata Terbitan : keperempuanan, |
|
Puisi |
---|
|
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
|