Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'? | Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Apakah ejaan yang betul apabila menggunakan sengkang? Al-Quran mungkin dieja sebagai al-Quran tetapi bagaimana penggunaan kata nama bagi nama-nama beberapa masjid di Malaysia. Ejaan yang mana betul atau lebih tepat - Masjid Al-Marbawi, al-Marbawi, Al-marbawi atau Al Marbawi atau Masjid As-Salam, as-Salam, As-salam atau As Salam? Terima kasih. | Biasanya apabila mengeja al-Quran dan yang seumpamanya, ejaan al menggunakan huruf a kecil. Oleh sebab ejaan al yang terdapat pada nama masjid ialah nama khas, ejaan tersebut dikekalkan. | Ejaan | 24.07.2012 |
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 02.02.2012 |
Mengapakah 'senarai nama-nama' salah? mohon pencerahan.. | Kata senarai telah menunjukkan jamak dan penanda jamak hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Maka frasa yang betul ialah senarai nama. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. | Lain-lain | 02.02.2012 |
Nama-nama yang dimohon ke DBKL adalah seperti berikut : 1) "RESIDENSI RIVERVILLE" 2) "RIVERVILLE SENTOSA" 3) "SENTOSA RIVERVILLE" Merujuk kepada ulasan DBP, penggunaan perkataan "RIVERVILLE" boleh digunapakai. Saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan perkataan tersebut memandangkan ia adalah gabungan perkataan Inggeris & French. (disertakan lampiran untuk rujukan) | Untuk makluman, pengesahan yang diberi adalah untuk RESIDENSI RIVERVILLE, bukan "RIVERVILLE" sahaja. Pengesahan diberikan kerana bentuk tersebut adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu, iaitu "RESIDENSI" di depan dan "RIVERVILLE" di belakang. Dalam konteks tersebut, kami berpendapat "RIVERVILLE" sebagai nama khas yang diberikan kepada tempat tersebut. Kami tidak boleh memberi ulasan tentang perkataan tersebut kerana "Riverville" bukan perkataan bahasa Melayu. Kami hanya memberi khidmat nasihat untuk perkataan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.11.2013 |
Penggunaan di/ke. Bila perlu jarakkan perkataan? contoh: di peringkat / diatas / diantara | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266. | Tatabahasa | 18.10.2013 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin meminta tunjuk ajar dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008;282), kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Persoalan saya, adakah kata sendi nama "akan" oleh digunakan sekiranya rujukan dalam sesuatu ayat (kata nama/frasa nama) bukan merujuk manusia? Contoh 1: Raksasa itu takut akan bunyi letupan. Adakah penggunaan "akan" dalam contoh ayat 1 betul? Sekian, terima kasih. | Ayat contoh yang saudara berikan, Raksasa itu takut akan bunyi letupan adalah betul. Binaan ayat terdiri daripada subjek (raksasa itu) + predikat (frasa adjektif), rumus frasa adjektif (kata adjektif + kata sendi nama + kata nama), iaitu takut (kata adjektif) + akan (kata sendi nama) + bunyi (kata nama). Contoh yang lain, Badannya lemah dengan tiba-tiba - kata sendi nama dengan. Saudara perlu melihat ayat tersebut dari aspek binaan ayat frasa adjektif (lihat halaman 414, Tatabahasa Dewan) dan jangan dikaitkan dengan fungsi kata sendi nama "akan" dengan kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 16.10.2011 |
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |