Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakan perbezaaan "menghadiri" dan "berhadir"? Boleh berikan ayat contoh tentang perkataan tersebut ? Terima kasih.. | Puan Gina Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. berhadirsl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri" title="menghadiri">menghadirihadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Alia menghadiri kelas tuisyen. Adakah ayat ini betul? | Betul. | Tatabahasa | 12.02.2009 |
Ayat yang mana betul? 1(a) Kedua-dua ibu bapa saya akan menghadiri majlis itu. (b) Kedua-dua orang ibu bapa saya akan menghadiri majlis itu. 2(a) Sebahagian daripada wang itu akan didermakan. (b) Sebahagian wang itu akan didermakan. 3. Wang itu akan didermakan (untuk/kepada/pada) Ali. | Ayat yang betul ialah: 1. Kedua-dua ibu bapa saya akan menghadiri majlis itu. 2. Sebahagian daripada wang itu akan didermakan. 3. Wang itu akan didermakan kepada Ali. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAI | Ayat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAI | Tatabahasa | 09.04.2013 |
saya tidak faham akan penggunaan kata 'hadir' apabila perkataan tersebut diikuti dengan imbuhan..contohnya,adakah ayat ini betul? 'amir telah menghadirkan diri ke majlis itu' atau, 'amir telah menghadiri majlis itu'' 'amir telah menghadiri ke majlis itu'' bolehkah anda tolong jelaskan? terima kasih... | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menghadirkan membawa maksud 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri. Menghadiri bermaksud hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen. Berdasarkan huraian tersebut, ayat Amir telah menghadirkan diri ke majlis itu dan Amir telah menghadiri majlis itu adalah betul. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. | 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul 2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
BOLEHKAH AYAT IKTIKAD DIGUNAKAN SEPERTI CONTOH DIBAWAH walau bagaimanapun saya tidak dapat menghadiri kursus yang dicalonkan memandangkan perasaan dan iktikad saya yang tidak jelas untuk menghadiri kursus tersebut | Jawapan yang betul ialah kepercayaan bagi menggantikan perkataan iktikad. Harap maklum. | Makna | 22.05.2008 |
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. Munsyi, saya nak kenal pasti dengan MUNSYI lagu sama asa ayat itu gramatis ? THX | Hanya sebilangan ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga... | Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah: i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon; ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut; iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya. | Lain-lain | 30.04.2008 |
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. MUNSYI< salam, saya pernah menanya pihak munsyi tentang sebilangan daripada, jawaban munsyi mengatakan sebilangan pelajar betul dan sebilangan daripada pelajar salah. Bagaimana pula dengan ayat ini ...Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu.(betul atau salah?) TK atas nasihat munsyi. | Frasa "sebilangan pelajar" dan "sebilangan ahli lembaga pengarah" adalah gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk fungsi kata sendi nama daripada dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 269. | Tatabahasa | 16.04.2012 |