Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pendapat anda adakah penggunaan bahasa di akhbar tidak perlu mematuhi nahu bahasa yang betul berbanding akhbar pendidikan??? | Penggunaan bahasa di akhbar perlu mematuhi nahu bahasa Melayu yang betul walaupun terikat dengan cara penulisan akhbar dan gaya dalaman organisasi tersebut. | Lain-lain | 07.08.2010 |
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis? | Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. | Tatabahasa | 18.10.2010 |
COMPLY | MEMENUHI SYARAT/MEMATUHI/MENURUT | Istilah | 26.10.2010 |
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan. | Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Tatabahasa | 21.09.2006 |
Salam, Adakah Bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan ini mematuhi peraturan & tatabahasa Bahasa Melayu yang dibenarkan Dewan Bahasa & Pustaka? | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 22.08.2012 |
Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ maka, MUNsyi, adakah waima betul dalam ayat ini? TK | Waima bermaksud sama ada atau walaupun dan perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Definisi Kesalahan Bahasa | Maksud kesalahan bahasa ialah tidak mematuhi hukum tatabahasa seperti ejaan, struktur ayat, tanda baca. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.07.2008 |
1.Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ )MUNsyi, adakah waima sesuai digunakan dalam ayat ini_ TK | Waima ialah perkataan Arab yang bermaksud sama ada atau walaupun bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=waima. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
apa maksud menjunjung? | Menjunjung bermaksud membawa sesuatu di atas kepala, mematuhi (titah dll), menurut atau amat menghormati. | Makna | 20.01.2007 |
bagaimana mengguna tatabahasa dengan betul | Menggunakan tatabahasa yang betul ialah dengan mematuhi semua prinsip/hukum tatabahasa berdasarkan situasi penggunaan. | Lain-lain | 19.07.2008 |