Kata |
Takrif |
Sumber |
urus setia | 1. = pejabat ~ pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat); keurusetiaan (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia: utk mem-bincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneguhkan janji | menepati janji; ~ setia tetap setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneguhkan setia | tetap setia | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berurus setia | mempunyai urus setia (sekretariat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taat setia | tidak berlaku curang, jujur, setia: Khalid ~ di bawah perintah ketua baru itu;ketaatsetiaan keadaan (tahap) taat setia: diskriminasi spt ini mempertikaikan ~ mereka sbg individu dan sbg kelompok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setia | 1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya. 2 (berpegang) teguh pd janji dll; taat dan patuh kpd pemerintah dll: Rakyat tetap ~ kpd kerajaan. bersetia mengaku setia. kesetiaan keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pejabat urus setia | pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setia | 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setia rahsia | pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Setia Mahkota Johor | nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
disloyalty | n a. (gen) ketidaksetiaan; b. (to king, leader, husband) ketidaksetiaan, tdk /taat, taat setia, setia/: ~ to the king, ketidaksetiaan kpd raja; c. (to country) ketidaksetiaan, tdk /taat setia, setia/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disloyal | adj a. (gen) tdk setia; he is never ~ to his friends, dia tdk pernah tdk setia kpd kawan-kawannya; b. (to king, leader, husband) tdk /taat, taat setia, setia/: ~ subjects, rakyat yg tdk taat setia; c. (to country) tdk /taat setia, setia/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
faithless | adj 1. unfaithful, tdk setia, curang: a ~ husband, suami yg tdk setia; 2. not true to allegiance, tdk setia: a ~ and fickle public, orang ramai yg tdk setia dan mudah mengubah fikiran; 3. untrustworthy, tdk boleh dipercayai: ~ allies, sekutu-sekutu yg tdk boleh dipercayai; 4. without religious faith, tanpa agama: ~ age, zaman tanpa agama. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
faithful | adj 1. remain loyal, constant, true, a. (to so.) setia: a ~ friend, kawan yg setia; she was a ~ wife, dia isteri yg setia; b. (to cause, principles, etc) berpegang teguh: he was always ~ to his principles, dia sentiasa berpegang teguh kpd prinsipnya; be ~ in the observance of st, taat mengerjakan sst; be ~ to os promise, menepati janji sso; 3. trustworthy, boleh dipercayai: a ~ witness, saksi yg boleh dipercayai; 4. accurate, tepat: ~ in every detail, tepat dlm segala perincian; 5. true to the facts, setia: a ~ description, pemerian yg setia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fealty | n taat setia, kesetiaan: to swear ~, ersumpah taat setia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
allegiance | n 1. loyalty to sovereign nation, cause, kesetiaan, taat setia: to take the oath of ~ to the king, mengangkat sumpah taat setia kpd raja; 2. support, loyalty, kesetiaan: the families are split by differing political ~s, keluarga-keluarga itu berpecah-belah krn kesetiaan kpd fahaman politik yg berbeza. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inconstant | adj (fml) 1. changeable, berubah-ubah, tdk tetap; 2. unfaithful, tdk setia: an ~ lover, kekasih yg tdk setia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blue | a true ~, penyokong setia; out of the ~, (colloq) tiba-tiba: he arrived out of the ~, dia tiba-tiba datang; /vanish, disappear, etc/ into the ~, menghilangkan diri; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
faith | ~ - cure, ~ - healing, pengubatan secara perbomohan; ~ healer, bomoh; bad ~, insincerity, ketidakjujuran; break ~ (with so.) mungkir janji, tdk menepati kata; in bad ~, secara tdk jujur; in good ~, secara jujur: he acted in good ~, dia bertindak secara jujur; /keep, break/ ~ with (so.), /setia, tdk setia/ kpd (sso). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lap-dog | n 1. a small pet dog, anjing kecil kesayangan; 2. (derog) pengikut setia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
allegiance | kesetiaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu. |
loyal opposition | pembangkang setia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia. |
fidelity bond | bon setia | insurans | Tiada | Bon yang melindungi majikan daripada kerugian disebabkan ketidakjujuran pekerjanya. |
fidelity guarantee insurance | insurans jaminan setia | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
frequent lodger program | program penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Program untuk penginap setia yang berdaftar sebagai ahli dan telah mengumpulkan mata ganjaran setelah menggunakan perkhidmatan penginapan. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus melalui pelbagai bentuk, seperti baucar dan potongan harga bilik. |
clientele | klientel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekelompok masyarakat yang memberi sokongan atau taat setia kepada seseorang atau organisasi tertentu. Sokongan yang diberi bersifat tidak berbelah bahagi dan mereka ini akan diberi ganjaran oleh pihak yang menerima. Konsep ini pada asalnya merujuk kepada sekelompok masyarakat atau individu yang memberi undi kepada seseorang atau sesebuah parti bagi satu tempoh tertentu yang membentuk pula satu jaringan hubungan sosial. Hubungan ini melibatkan sama ada dua atau tiga lapis kelompok. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang memerlukan sokongan yang disebut sebagai ahli politik, kelompok yang kedua diklasifikasikan sebagai ejen klientel yang akan bertindak menghubungkan kelompok pertama dengan kelompok ketiga yang dikenali sebagai klientel. Klientel dalam hubungan ini akan menyerahkan sokongan mereka kepada ahli politik melalui rundingan yang dibuat dengan ejen klientel dan sebagai balasannya ahli politik akan memberi imbuhan yang berbentuk khusus seperti pemberian kontrak, perniagaan atau kemudahan tertentu, bergantung kepada rundingan yang dicapai antara dua atau tiga pihak tersebut. Dari sudut sosiologi, hubungan timbal balik ini tidak dilihat sebagai suatu yang berbentuk rasuah. Sinonim kumpulan pelanggan. |
narration | pengisahan | Kesusasteraan | Puisi | Penceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia. |
aristocrat | golongan bangsawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat. |
folk epic | epik rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Puisi dalam bentuk cerita yang panjang, sehingga menghasilkan sebuah buku dan digolongkan sebagai tradisi lisan atau disampaikan secara lisan, terutamanya syair. Contohnya, "Syair Abdul Muluk", "Syair Dandan Setia" dan "Selendang Delima". |
reciprocity | kesalingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
setia | setia (tetep naseng) [ttp nas) | Melanau Dalat | |
setia | satiak. | kedayan | |
matek | setia | TETAW | |
mantap | tetap setia [ttap stia] | Melanau Dalat | |
mukir | mungkir; 1 menafi, menyangkal, ingkar: siyen nda kena ~ nulik wak sebetsiyen kenataou a dia tidak dapat mungkir atas perbuatannya diketahui orang; 2 tidak setia, tidak patuh, tidak taat: siyen nda ~ jaji jegem a memedok dia tidak mungkir janji dgn pemawah | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tagad Kd, Tb | huma. | Tempat ini, fikirnya sambil mengerakkan kaki sejak wujud pada siang hari menjadi tempat yang setia aku kunjungi. Dia melangkah. Banyak daripada waktuku habis di sini. Lebih banyak daripada kunjunganku ke tagad. | Songgorib | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb cai] ว sengaja: โฆษกสำนักงาน ตำรวจแห ่ งชาติจงใจมาพบกับประชาชนใน 3 จังหวัดภาคใต ้ Jurucakap Pejabat Po lis Kebangsaan sengaja datang ber jumpa dengan rakyat di tiga wilayah Selatan Thai. จงรักภักดี [-rakpakdi:] ก taat setia: ประชาชนต ้ องจงรักภักดีต ่ อแผ ่ นดินเกิด Rakyat mesti taat setia terhadap tanah tum pah darahnya. จงอาง [coa:] น ular tedung selar จด 1 [cot] ก 1 bersempadan dengan: ภาคเหนือของประเทศไทยจดกับประเทศลาวและ พม ่ าที่ จังหวัดเชียงราย Bahagian Utara Ne gara Thai bersempadan
|
Kamus Thai 2.indb ลู ่ เลข Kamus Thai 2.indb 338 4/15/2008 11:12:21 AM ล 339 เลขหมาย [-ma:y] น nombor เลขาธิการ [le:ka:ti ka:n] น setia usaha agung เลขานุการ [le:ka:nu:ka:n] น setiausaha เลขานุการิณี [le:ka:nuka:rini:] น setiausaha wanita เล็ง [le] ก membidik: เขาเล็งไปที่ หน ้ าผาก ของศัตรูของเขาก ่ อนลั่ นไกยิง Dia membidik dahi musuhnya sebelum melepaskan tembakan. เลเซอร |
Kamus Thai 2.indb masing. ปลัก [plak] น kubang ปลั ๊ ก [plak] ดู ปล ั ๊ กไฟ ปลั ๊ กไฟ [-fai] น plag, palam ปลัดกระทรวง [palatkrasua] น ketua setiausaha kementerian ปลัดจังหวัด [palatcawat] น setia usaha wilayah ปลัดอำเภอ [palatamp:] น peno- long pegawai daerah ปลา [pla:] น ikan ปลากระบอก [-krab:k] น ikan be- lanak ปลากระพง [-krapo] น ikan siakap ปลากัด [-kat] น ikan pelaga 281 ภพ [pop] ดู โลก ภมร [pam:n] ดู ผึ้ ง ภยันตราย [payantara:y] น ba- haya ภรรยา [panraya:] น isteri = ภริยา ภริยา [pariya:] ดู ภรรยา ภักดี [pakdi:] ก taat setia: ฮังตูวะฮ ์ เป็นนักรบ ผู ้ ที่ ภักดีต ่ อพระราชา Hang Tuah seorang pahlawan yang taat setia kepada raja. ภัตตาคาร [patta:ka:n] น restoran ภัตตาหาร [patta:ha:n] ดู อาหาร
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
setia | [se.tia] | ستيا |
|
Tesaurus |
---|
| setia (adjektif) | 1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,
2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,
| Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.
Lihat selanjutnya... |
|