Kata |
Takrif |
Sumber |
akur | setuju; sependapat: Kadang-kadang dia tidak ~ dgn pendapat kawannya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akur II | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, Illigera appendiculata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akur I | (ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi; mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; Keimen Baunka Shidosa harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; mengakurkan 1. mencocokkan, menyesuaikan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll); keakuran persetujuan, persesuaian, kecocokan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akur | setuju; sependapat: Kadang-kadang dia tidak ~ dgn pendapat kawannya itu. | Kamus Pelajar |
O.K. | bp ya, baiklah, akur, bersetuju: ~, kita pergi sekarang; ~lah yalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menormalkan | 1. menjadikan normal; 2. menjadikan akur dgn sesuatu standard; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(akar) bunga tanjung | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
normal | 1. menurut aturan, keadaan, atau pola yg lazim; 2. biasa: keadaan ~ keadaan biasa; guru ~ guru yg terlatih dgn cara menghadiri kursus tertentu (tidak memasuki maktab latihan tertentu); 3. garisan (pancaran cahaya dll) yg bertemu lurus dgn sesuatu permukaan; menormalkan 1. menjadikan normal; 2. menjadikan akur dgn sesuatu standard; kenormalan keadaan normal: ~ fungsi jantung; ketaknormalan keadaan tidak normal: sekiranya ~ berlaku, lawatan ke klinik atau hospital adalah perlu; penormalan proses menormalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga I | 1. bahagian tumbuhan utk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum: ~ jambu; ~ melati; ~ raya; 2. lukisan (pd kain dll); ~ pamor lukisan pd keris kerana waja putih yg ditempa pd bilah keris; 3. = ~ tayar bahagian permukaan tayar yg rupanya spt hiasan (ukiran atau corak); 4. = ~ wang bayaran (tambahan) yg dikenakan ke atas atau diperoleh drpd wang yg dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang: ~ yg dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu; 5. ki sesuatu yg dianggap cantik (indah dll) yg dapat disifatkan spt kembang: kecantikan parasnya sudah cukup utk menjadikan dia ~ majlis dlm perkumpulan; 6. alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dll: pengetahuan yg diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan; ~ angin ribut permulaan; ~ api a) nyala api yg berterbangan (meloncat); b) = kembang ~ sj mercun yg mengeluarkan api yg merupakan bunga (lukisan dll); ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) utk memperindah percakapan; ~ baki hutang (Eko) bunga atau bahagian pinjaman yg belum dilunaskan; ~ bangsa pemuda harapan bangsa; ~ barah (puru, kusta) bintik putih-putih pd kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dll; ~ betina bunga yg berpistil sahaja; ~ biasa = ~ tepat bunga mudah yg dikira berdasarkan 360 hari setahun; ~ bibir a) kata-kata yg manis; b) buah mulut; ~ buatan bunga yg dibuat drpd kertas (plastik dll); ~ butang sj tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, Wedelia bifiora; ~ dua jantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg sama; ~ dulu betina bunga yg pistilnya lebih dahulu masak drpd stamen; ~ dulu jantan bunga yg stamennya lebih dahulu masak drpd pistil; ~ jantan bunga yg berstamen; ~ karang sj tumbuh-tumbuhan pd karang; ~ kehidupan kesenangan hidup; ~ kekasar sj tumbuhan (pokok yg berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), Anacardium occidentale; ~ kertas a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan rambut dll); b) sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Bougainvillea spp.; ~ ketar bunga kertas pd dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan); ~ kuku bahagian yg putih pd pangkal kuku; ~ kundai (sanggul, sisir) bunga buatan utk perhiasan kundai (sanggul, sisir); ~ lagu patah lagu yg biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu; ~ (se)lengkap sekuntum bunga yg mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil; ~ mas a) bunga yg dibuat drpd emas; b) sj bunga drpd emas yg dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sbg ufti kpd raja Siam; ~ mudah (Eko) bunga yg dikira dgn mendarabkan kadar bunga tahunan dgn jumlah pokok; ~ padi a) bunga pokok padi; b) sj jahitan; ~ pasir pasir halus-halus yg terapung di permukaan air; ~ pending tepi pd bakul; ~ rampai a) beberapa jenis bunga harum yg dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dgn daun pandan yg dihiris halus halus; b) kumpulan cerita yg baik-baik; c) lagu-lagu pilihan; ~ raya a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; ~ sejantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg berlainan; ~ sena a) bunga pokok sena; b) Kl nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pd masa membuat gula melaka); ~ serunai a) bunga teluki; b) sj tumbuhan yg berbunga kuning, Weldelia biflora; c) Ml cincin yg dibawa sewaktu pergi meminang sbg tanda bertanya; ~ sinar ranggi pd jenis bunga matahari; ~ sirih Pl sirih pengantin; ~ tanah lapisan tanah sebelah atas yg subur; (akar) ~ tanjung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata; ~ telur telur yg dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dgn hiasan bunga atau diberi berbekas); ~ bukan sekuntum = kalau ~ tidak sekuntum = ~ tak sekaki, kumbang tak seekor prb laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini; ~ dipersunting, sudahnya akan layu prb sesuatu yg dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang); ~ dipetik, perdu ditendang = ~nya dipersunting, pangkalnya diberaki prb isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci); ~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur prb setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua); ~ kembang berbalik kuncup prb mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar; ~ yg harum itu ada durinya prb yg megah itu ada juga celanya; ~ yg layu balik kembang prb tatkala ternyata kebenaran seseorang yg tertuduh; buang ~ ke jirat prb berbudi kpd seseorang yg tidak mengenang (memerlukan) budi orang; di mana ~ yg kembang, di situ kumbang yg banyak prb di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki; kalau dicampak ~, tak akan dibalas dgn tahi prb kalau kita berbuat baik kpd orang, tidak akan dibalasnya dgn kejahatan; laksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak prb orang yg elok dan tampan tetapi tiada berbudi; laksana kera dapat ~ prb tiada dapat menghargai barang yg bagus; lempar ~ dibalas dgn lempar tahi prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; sayang ~ layu di pohon prb perihal seorang gadis yg tiada bersuami hingga tua; sebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper prb kerana kasih seseorang disia-siakan orang yg banyak; umpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki prb kerana kasihan kpd orang banyak, disia-siakan kaum yg seorang; spt ~, sedap dipakai layu dibuang prb dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dll);bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; berbunga 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; membunga 1. menyerupai bunga; 2. membuat corak timbul (pd getah keping) dgn menggunakan mesin; membungai 1. = membunga-bungai menghias dgn bunga, memperelok dgn bunga; 2. memberi bunga (wang dll); 3. menghias: setiap wajah dibungai senyuman; membungakan meminjamkan dgn syarat mendapat bunga: ~ wang; memperbungakan membungakan (wang); kebungaan bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
acquiescently | adv akur, (menunjukkan) tanda setuju: to smile ~, tersenyum akur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conform | vi comply, akur, mengikut keadaan: her refusal to ~ made her unpopular with the villagers, keengganannya mengikut keadaan menyebabkan dia tdk disukai oleh orang-orang kampung, ~ /with, to/, a. (obey) mematuhi; (comply with) mengakuri, mengikut; (particular standards) mematuhi, mengikut: it is important that everyone ~s to the rules, adalah penting semua orang mematuhi undang-undang; any equipment that does not ~ to the official safety standards will be rejected, sebarang alat yg tdk mematuhi piawai rasmi keselamatan akan ditolak; b. (of ideas, views, etc) be in agreement with, selaras dgn: their opinions do not ~ with ours, pendapat mereka tdk selaras dgn pendapat kami. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
acquiesce | vi bersetuju, akur: he ~d with a nod, dia bersetuju dgn menganggukkan kepalanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dutiful | adj (fml), /patuh, akur/ dan bertanggungjawab: as a ~ wife, you should be by your husbands bedside when he is ill, sbg isteri yg patuh dan bertanggungjawab, kamu patut berada di sisi suami semasa dia sakit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lamb | like a ~ to the slaughter, unresistingly, spt kerbau dicucuk hidung: they were led away like ~s to the slaughter, mereka akur sahaja spt kerbau dicucuk hidung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
acquiescent | adj 1. (by nature ) pengakur: a gentle, ~ woman, perempuan yg lemah lembut dan pengakur; 2. (on particular occasion ) akur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
suzerainty | pertuanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik di sebuah atau beberapa negara yang terpaksa tunduk dan akur kepada penguasaan sebuah negara yang lebih besar dan kuat. Keakuran ini banyak melibatkan hal-hal luar negara dan perdagangan antarabangsa, manakala hal ehwal dalam negara tidak tertakluk kepada kuasa besar tersebut. |
compensation | pampasan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bayaran yang dibuat kepada pemilik tanah atau bangunan akibat kerugian yang ditanggung oleh pemilik kerana pengambilan atau akur kepada arahan-arahan pihak berkuasa. |
stratocracy | stratokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang mementingkan hierarki dan pangkat seperti kerajaan yang dikuasai oleh rejim tentera. Pemerintah memiliki kuasa tertinggi yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan, manakala golongan bawahan terpaksa akur dan mengikut arahan pemerintah. Contohnya masyarakat Sparta pada abad ke-6 hingga ke-2 SM di Greek dahulu. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |
manuscript policy | polisi manuskrip | insurans | Tiada | Polisi yang disediakan untuk meliputi perlindungan atau syarat khusus yang tidak diperuntukan di dalam polisi standard. Lazimnya polisi ini disediakan oleh syarikat broker untuk sesuatu akaun yang besar dan perlu akur kepada undang-undang sesebuah negeri. Sekiranya timbul pertelingkahan pemahaman tentang polisi, doktrin kontrak kesertaan akan diubahsuai. |
indoctrination | indoktrinasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan secara halus yang dilakukan oleh pemerintah untuk mempengaruhi dan menakluk pemikiran seseorang atau masyarakat supaya mengikut sesuatu pendapat, prinsip, aliran, ideologi atau sebarang idea yang dikemukakan. Dengan langkah ini, individu atau masyarakat itu dibentuk untuk akur dan tunduk kepada pihak yang berkuasa atau pemerintah. Dalam proses indoktrinasi, alat utama yang digunakan ialah media, agensi pemerintah, sistem pendidikan dan dasar negara. Kebiasaannya, pemerintah akan menyekat sebarang kemasukan idea lain untuk mengelakkan gangguan dalam menjalankan proses indoktrinasi. |
intentional fallacy | kekeliruan hasrat | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri. |
expressive criticism | kritikan ekspresif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang memfokuskan individualiti serta emosi pengarang dan bukan kepada karyanya sebagai objek seni atau kesan karya terhadap pembaca. Istilah ini dicipta oleh M.H. Abrams untuk mencirikan pendekatan pengkritik zaman romantik seperti coleridge dan Wordsworth. Kritikan ini bertujuan menilai sejauh mana karya tersebut akur serta memenuhi visi dan psikologi pengarang. Lihat juga kritikan biografi. |
matriarchy | matriarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu. |
militarism | fahaman ketenteraan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
lembawa' | akur/segan | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
nembawa | akur/segan | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
tempupu' | akur/segan | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
lembawa' | akur/segan | - | - | - | - | - | - | Bajau |
nembawa | akur/segan | - | - | - | - | - | - | Bajau |
tempupu' | akur/segan | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
akur | akur, ta'at, patuh. | kedayan | |
akur | susud [susud] | Melanau Dalat | |
alah | akur | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
akur | [a.kur] | اکور |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata akur |
|
|