Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu | 1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas. | Tatabahasa | 15.07.2010 |
Selamat Petang! Frasa bawah tulis di billboard, sila tolong membetulnya, terima kasih. 1) Akibat yang memandu di dalam mabuk 2) Keselamatan nyawa atau Keselamat nyawa Terima Kasih! | Ayat yang betul ialah: 1) Akibat memandu semasa mabuk; dan 2) Keselamatan nyawa. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
Betul atau salah penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat di bawah. (Jawapan bagi soalan pemahaman) Punca kemalangan jalan raya ialah memandu dalam keadaan mabuk, memandu kenderaan dengan laju, dan....... | Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Punca kemalangan jalan raya memandu dalam keadaan mabuk. | Tatabahasa | 31.10.2012 |
apakah maksud siah? | Maksud siah ialah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
maksud hiruk-pikuk? | Saudara Muhammad Farhan, Perkataan hiruk-pikuk bermaksud keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk. Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.01.2010 |
1.MAKNA BARBED(RAZOR)2.MAKNA PICKLES DILLS.3.MAKNA VENTILATOR | Puan Suhaila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Makna barbed - adj 1. berduri: ~ wire, /kawat, dawai/ berduri; 2. (fig.) tajam, pedas, menusuk hati: a ~ remark, kata-kata yg pedas. Makna pickles - adj 1. preserved in pickle, jeruk: ~ onion, bawang jeruk; 2. (colloq) drunk, mabuk: he would get ~ every night, dia mabuk setiap malam. Ventilator pula ialah - (alat) pengalih udara. | Makna | 10.12.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| mabuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran,
hilang akal, khayal,
2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,
| Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah?
Lihat selanjutnya... |
|