Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
legenda atau lagenda | Legenda ialah cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 24.05.2010 |
INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PERKATAAN YANG BETUL BAGI LAGENDA. LAGENDA ATAU LEGENDA? | Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
Saya mahu bertanya perbezaan penggunaan "legenda" dan "lagenda". | Perkataan atau ejaan yang tepat ialah lagenda yang bermaksud cerita (yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah. | Ejaan | 15.08.2018 |
Maksud penggunaan bagi kata ejaan LAGENDA atau LEGENDA..mana satu yang adalah lebih tepat kepenggunaannya untuk diguna pakai? | Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. | Ejaan | 13.01.2010 |
Salam dan salam sejahtera..boleh saya tahu ada tak buku kisah2 nabi yg dari terbitan DBP utk bacaan kanak2 prasekolah?boleh bg contoh gmbr dan tajuk..terima kasih | Untuk makluman saudara, tiada buku kisah-kisah nabi yang diterbitkan khas untuk bacaan kanak-kanak prasekolah oleh DBP. Walau bagaimanapun, saudara boleh mendapatkan Buku Kumpulan Cerita Sahabat Nabi Pemegang Pedang Rasulullah melalui portal dbpniaga.my, Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut. | Lain-lain | 15.06.2023 |
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju? | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan. | Makna | 23.07.2007 |
apa beza antara ayat ini :::: AYAT (1)Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam ::::::AYAT (2)Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam::::::::::::::AYAT (3)Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam:::::::: Tolong beri penjelesan yang sempurna !!!!!! | (1) Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam. (2) Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam. (3) Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam. Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai persamaan makna cuma berbeza dari segi penggunaan kata terbitan (dari kata dasar cerita). Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita, manakala menceritakan bermaksud mengisahkan sesuatu kepada ..., oleh itu ayat kedua perlu dilengkapkan "Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam kepada anak-anaknya". Walau bagaimanapun ayat (3) tidak tepat dari segi pembentukan kata "mencerita". | Tatabahasa | 02.06.2009 |
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya menarik hati Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata menarik hati? A. Meyakinkan B. mempersonakan | Jawapan yang betul ialah mempesonakan. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4Us | Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Penyelidikan | 27.07.2023 |
Nenek bercerita/menceritakan tentang kisah "labu dan Labi". bercerita atau menceritakan yang betul. Mengapa? | Nenek bercerita tentang kisah Labu dan Labi atau Nenek menceritakan kisah Labu dan labi. Ayat pertama ialah ayat tak transitif manakal ayat kedua ialah ayat transitif. | Tatabahasa | 06.03.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| kisah (kata nama) | Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita,
karangan, rencana, sejarah;, | | Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan, |
|
Puisi |
---|
|
Saya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 488 Promises are like piecrust: easy made and easy broken Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir She promised not to mention the incident again, but promises are like piecrust: easy made and easy broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée. Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|