Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketika | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa. | Istilah | 20.07.2009 |
Ketika ini kata "elevated" untuk istilah seperti "elevated highway" dan "elevated rail" diterjemahkan dengan berbagai terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "lebuhraya bertingkat" dan rel ternaik. Jadi soalan saya, yang mana satu betul untuk terjemahan kata elevated, apakah 'bertingkat' atau 'ternaik'? Untuk rujukan, Indonesia menerjemahkan kata elevated ke dalam bahasa Melayu di sana sebagai 'layang' | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk elevated highway dan elevated rail. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah lebuh raya bertingkat dan rel bertingkat. | Istilah | 16.10.2012 |
Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya....(cerpen Pahlawan Buntung Antologi Tingkatan 5 muka surat 123) apakah maksud tersiuk-siuk? | Saudara, Perkataan tersiuk-siuk dalam ayat yang di atas bermaksud bunyi yang terhasil daripada proses pergerakan yang cepat contohnya berjalan, bunyi seperti rotan di sebat di udara, atau bunyi suara orang sedang dalam keadaan kepedasan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1509. sekian, terima kasih. | Sastera | 09.02.2011 |
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika | Salam sejahtera, Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu. Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. | Salam sejahtera, Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
Suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari bahasa dan kesusasteraan Melayu tetapi tidak pada hari ini. Mengapa ? | Untuk makluman, pertanyaan puan tidak terdapat dalam data kami. Pertanyaan puan memerlukan kajian dan pembacaan yang mendalam. Kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal, kertas kajian dan penerbitan yang lain bagi mengetahui dengan lebih lanjut. Rujukan tersebut boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau kertas kajian di perpustakaan.
| Lain-lain | 24.09.2013 |
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun. | Tatabahasa | 20.01.2013 |
Apakah perbezaan "ketika" and "semasa", Rujuk kepada ayat ini. Penunggang motosikal itu terlanggar tembok ( ) cuba mengelak seorang kanak-kanak. a. manakala b. ketika c. semasa d. untuk | Penunggang motosikal itu terlanggar tembok (semasa) cuba mengelak seorang kanak-kanak. | Tatabahasa | 21.08.2008 |
Ketika menghadap raja / sultan, boleh seseorang itu menggunakan hamba sebagai kata ganti nama untuk merujuk diri sendiri? Jika tidak boleh, apakah sebabnya? | Ganti nama diri yang digunakan ketika menghadap raja/sultan ialah 'patik' bukan 'hamba'. 'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja. | Lain-lain | 21.09.2006 |
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. | Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| ketika (kata nama) | Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;, | | Kata Terbitan : seketika, berketika, |
|
Puisi |
---|
|
Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.
Lihat selanjutnya... |
|