Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah kata bantu harus diletakkan di depan kata ganti diri pertama dan kedua dalam ayat tanya? Contoh: Mengapakah harus saya bangun awal ketika cuti? ATAU Mengapakah saya harus bangun awal ketika cuti? Terima kasih. | Kata bantu"harus" hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat yang betul ialah "Mengapakah saya harus bangun awal ketika cuti?". | Tatabahasa | 16.05.2013 |
Saya ingin menjadi seorang penulis novel/cerpen, bagaimana dan di mana saya harus bermula?? | Saudara harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan penulisan novel dan cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Selain itu, saudara harus menganggotai persatuan penulis agar dapat mengikuti kursus atau bimbingan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga disarankan supaya berkawan dengan penulis yang terkenal untuk mempelajari teknik-teknik penulisan penulis tersebut. Saudara boleh menghantar cerpen kepada editor yang menangani penerbitan majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.02.2008 |
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasih | Ayat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Yang manakah betul? `Perkara ini harus diberi perhatian.` ATAU `Perkara ini harus diberikan perhatian`? Kedua-dua ayat ini nampaknya ialah ayat pasif. Bagaimanakah ragam ayat aktifnya? Terima kasih . | Ayat aktifnya ialah seseorang harus memberi perkara ini perhatian. | Tatabahasa | 10.04.2009 |
ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih. | Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1). | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Kita harus menghargai masa lapang kerana masa itu emas/"Masa itu emas". | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 05.07.2010 |
bila harus guna tanda baca ini (" ") | Untuk makluman sdr penggunaan tanda baca petik (" ") adalah seperti yang berikut: (a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung dsb. (b) penulisan dailog (penulisan kreatif); "Bila sampai?" tanya Ali. (c) mengapit judul rencana, karangan, puisi, dan bab buku yang dipakai dalam kalimat.; (i) Rencana yang ditulisnya " Manusia dan Alam Sekitar" diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa. (ii) Sajak " Bahasaku" , karya Ali telah terpilih sebagai pemenang utama dalam pertandingan sayembara puisi. (d) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus; Ayu sedang menyediakan "anatomi" halaman buku itu. | Tatabahasa | 19.06.2009 |
dbp harus mengeluarkan majalah yang lebih padat dengan isu semasa | Terima kasih atas saranan tersebut | Lain-lain | 09.06.2009 |
ibu bapa harus sendiri mengamalkan amalan membaca. ayat ini betul? | Ayat tersebut tidak gramatis. Ibu bapa mesti mengamalkan budaya membaca. | Tatabahasa | 26.07.2013 |