Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adalah,ialah (guru) beserta atau berserta | hadir di hadapan frasa adjaktif frasa sendi nama -adalah hadir di hadapan kata /frasa nama -ialah | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Bolehkah kata pemeri ialah dan adalah hadir di depan kata kerja? | Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, contohnya: Hobinya memancing ikan, bukannay Hobinya ialah/adalah memancing ikan. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN ADALAH DAN IALAH? | Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama | Tatabahasa | 11.05.2007 |
Bilakah perkataan ialah dan adalah perlu digunakan? | ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Lain-lain | 19.12.2006 |
apakah beza antara adalah dengan ialah | kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh:(ialah) 1. Anak ialah anugerah Allah 2.Sepak takraw ialah sukan yang dipertandingkan.... Contoh:(adalah) 1.baju itu adalah baik 2.Kursus ini adalah untuk... | Tatabahasa | 26.07.2007 |
Apakah perbezaan ''ialah'' dan ''adalah''. | Ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif,hadir di hadapan frasa nama. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
Bila kita Gina ialah Dan adalah | Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
saya masih tidak faham pebezaan adalah dan ialah | "Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 18.04.2008 |
Penggunaan ialah dan adalah. Mohon huraikan. | "Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Anak ialah anugerah Allah swt. Manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Kursus ini adalah untuk mempertingkatkan prestasi staf. | Lain-lain | 21.07.2010 |
PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAH | Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Tatabahasa | 02.07.2012 |