Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. | Untuk makluman puan, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat: 1. 1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan. 2. 2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia. 3. 3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Turut hadir atau yang turut hadir? Turut diundang atau yang turut diundang? Turut mengundang atau yang turut mengundang? | Kedua-dua frasa, turut hadir dan yang turut hadir boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
Tuan, Mohon dapat bantu mengenai persoalan yang diajukan. 1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat: 1. 1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan. 2. 2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia. 3. 3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Tuan, 1.Antara hadir di sekolah dengan hadir ke sekolah yang manakah lebih tepat penggunaannya? 2.Betulkah perkataan ke hadapan dalam surat kiriman rasmi dieja kehadapan? 3.Adakah kata ia hanya digunakan untuk manusia sahaja? Terima kasih. | 1. Hadir di sekolah - kata sendi nama 'di' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju (seperti ayat: Dia akan ke sekolah) 2. Ejaan yang betul ialah ke hadapan. 3. 'Ia' ialah kata ganti nama diri ketiga atau kata ganti benda (bukan binatang) yang dibicarakan. | Tatabahasa | 01.04.2011 |
...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu? | ...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu? Kedua-dua istilah, iaitu 'temu mesra' dan 'temu murni' tiada dalam pangkalan DBP. Tuan boleh memberikan istilah sumber sekiranya daripada bahasa Inggeris dan DBP akan cuba memberikan cadangan padanan mengikut konsep yang dimaksudkan. Perbezaan boleh diberikan dengan melihat konteks penggunaannya. | Istilah | 23.01.2014 |
manakah yang betul? (a)Amir hadir ke majlis itu (b)Amir hadir dalam majlis itu.. tolong jelaskan.. terima kasih.... | Ayat yang betul ialah, Amir hadir dalam majlis itu - hadir sama maksud dengan ada dan tidak gramatis jika diikuti dengan kata sendi ke. | Tatabahasa | 31.07.2010 |
Dia tidak hadir ke majlis itu kerana menghidap selesema. Dia tidak hadir ke majlis itu kerana menghidapi selesema. Dia tidak hadir ke majlis itu kerana mengalami selesema. Yang mana betul. Menghidap selesema, menghidapi selesema, mengalami selesema? | Cadangan jawapan yang sesuai ialah menghidap selesema dan mengalami selesema. | Tatabahasa | 01.09.2021 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'antara' dengan 'di antara'? 2. Ayat manakah yang lebih tepat: 'Saya hadir pada jam 8:00 pagi'. atau 'Saya hadir pada pukol 8:00 pagi.' | 1. Kata sendi nama "antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala frasa "di antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai ruang atau jarak. 2. Ayat yang lebih gramatis ialah "Saya hadir pada pukul 8.00 pagi." | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini? | Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Apakah yang membolehkan kata sendi nama daripada hadir sebelum kata kerja? | Kata sendi nama “daripada” tidak boleh hadir sebelum kata kerja. Kata sendi nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 269. | Tatabahasa | 14.01.2025 |
|
Tesaurus |
---|
| hadir (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,
2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,
| Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin, |
|
Peribahasa |
---|
| 378 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Lain orang, lain pendapat A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|