Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Bagi penggunaan kata ganti nama diri 'kamu' dengan 'kalian', manakah penggunaan kata yang paling tepat digunakan bagi merujuk bilangan yang ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kamu juga boleh digunakan untuk ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kalian tidak komunikatif dan jarang digunakan berbanding dengan penggunaan kata ganti nama diri kamu? | Kalian bermaksud kamu semua. Apabila orang yang menjadi lawan bercakap itu ramai kata ganti nama yang betul ialah kalian atau kamu semua. Kata ganti nama diri kamu digunakan bagi orang yang lawan bercakap tetapi boleh membawa maksud anda dan anda sekalian. | Tatabahasa | 10.06.2013 |
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut: 1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 06.03.2013 |
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ? | Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Kata Ganti Nama Diri 'ia' digunakan untuk manusia atau binatang? | Kata ganti nama diri ketiga "ia" hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara, tidak boleh digunakan untuk binatang. | Tatabahasa | 23.04.2010 |
Selamat sejahtera. Saya ada beberapa kemusykilan mengenai tatabahasa Melayu. Yang pertama: Bolehkah kata ganti nama diri 'kau' diletakkan di awal dan akhir perkataan seperti 'kaudengar', 'kaulihat', atau 'bukukau'? Bolehkah ia bergabung sekali dengan perkataan seperti contoh-contoh yang dinyatakan? Bagaimana pula dengan kata ganti nama diri 'ku'? Terdapatkah peraturan yang menetapkan pergabungan kata ganti nama diri 'kau' dan 'ku' dengan suatu perkataan, misalnya dalam ayat aktif atau pasif? Yang kedua, bolehkah tanda soal dan tanda seru digunakan sekali? Contohnya, Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan. Yang ketiga, mestikah perkataan 'disebabkan' diikuti dengan kata sendi nama 'oleh'? Hal ini kerana kata sendi nama 'oleh' perlu hadir sebelum 'sebab' untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Diharapkan tuan/puan dapat membantu menjawab persoalan-persoalan ini. Terima kasih daun keladi. | Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya: kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui masalah tatabahasa dengan lebih lanjut dan terperinci. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih | 1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri. 2: Singkatan muka surat ialah m.s. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Bolehkan penggunaan kata ganti nama diri beliau untuk kanak-kanak. Contohnya tokoh kanak-kanak. Cara mudah untuk membezakan penggunaan imbuhan meN----i dan meN ....kan | Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati (kerana pangkat atau gelaran). Apitan meN...i diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. | Tatabahasa | 08.06.2010 |
Tolong huraikan penggunaan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dalam ayat pasif. Terima kasih. | Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan dan dicadangkan merujuk Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu terbitan SASBADI. Terima kasih. | Tatabahasa | 15.01.2008 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan kata ganti nama diri "dia". Bolehkah saya menggunkan perkataan dia untuk merujuk kepada kucing belaan saya? Sebagai contoh, "Saya membela seekor kucing. Dia diberi nama Si Tompok oleh ibu saya." Adakah pengunna "dia" betul di contoh tersebut. Sekiranya penggunaan "dia" ialah salah, adakah penggunaan 'ia" betul? | Kata ganti nama diri "dia" atau "ia" adalah setara dan hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digunakan untuk binatang (kucing). Untuk merujuk kucing, bolehlah gunakan "Si Tompok" atau kucing itu. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
Salam sejahtera; Tuan Apakah kata ganti nama diri pertama yang paling sesuai bagi dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri / putera? Harap tuan berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih. | Kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi Dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri/putera ialah "hamba", manakala bagi tuan puteri/putera pula ialah "patik". | Istilah | 29.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
|