Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Mengapakah semakin banyak kata Arab seperti intihanya yang digunakan dalam karangan SPM tetapi masih tidak lagi dimasukkan ke dalam istilah Kamus Dewan? 2. Kata-kata Arab semakin banyak digunakan dalam karangan, adakah ini menjadikan karangan lebih berkualiti? | Untuk makluman tuan Kamus Dewan diterbitkan dalam tempoh beberapa tahun tertentu. Maka entri baharu perlu menunggu tempoh beberapa ketika untuk dimasukkan dalam kamus. Penggunaan kata Arab dalam wacana harus disesuaikan mengikut konteks. Jika dalam amajlis/cara keagamaan amat sesuai sekali penggunaan kata Arab, manakala untuk tujuan karangan dan peperiksaan hendaklah merujuk guru di sekolah. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
1.Bolehkah perkataan kantoi digunakan dalam penghasilan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Jika disemak di dalam kamus dewan online tidak wujud makna kantoi. 2.Adakan usyar ejaan yang betul? | 1. Perkataan kantoi digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan. 2. Usyar ialah bahasa percakapan yang bermaksud memerhati (biasanya buat beberapa ketika). | Tatabahasa | 21.02.2012 |
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika | Salam sejahtera, Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu. Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik Ong | Jawapan yang betul ialah "mengirimi". | Tatabahasa | 07.11.2018 |
(Kita, Kami) perlu beratur ketika membeli makanan di kantin. penggunaan kita dan kami jawapan yang diberi ialah kita. namun terdapat beberapa individu yang menyatakan jawapannya ialah kami jadi saya ingin mendapatkan kepastian. | Kita perlu beratur ketika membeli makanan di kantin. Ayat ini betul kerana kita - kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), manakala kami - sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua). Dalam situasi ini kita bercakap bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Apakah kesalahan dalam ayat ini dari aspek ejaan dan tanda baca : lelaki iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat | Dari segi ejaan tiada kesalahan, tetapi dari segi tanda baca ada penggunaan huruf besar pada beberapa tempat: Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat. | Lain-lain | 08.07.2014 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu. | Kesalahan tatabahasa dalam ayat seperti yang digariskan. 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu | Tatabahasa | 01.04.2014 |
tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?) | 1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk 3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu 4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan 6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk' | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah pergi ke Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor. Ketika Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang, dia tidak menyebut kategori-kategori yang dipertandingkan tetapi dia menyebut Piala Tahtum, Piala Tahtim, Piala Wainab, Piala Kopak, dan Piala Taksim. Kalau saudar boleh menolong saya apakah maksud Tahtum, Tahtim, Wainab, Kopak, dan Taksim?Saya berasa amat musykil sekali.Sudah berkali-kali saya mencari makna-makna perkataan ini di dalam kamus dewan tetapi tidak juga saya ketemui.Saya harap saudara dapat menolong saya. Terima Kasih. | Saudara Fakrul, Pihak kami juga tidak dapat memberikan makna perkataan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Kami mencadangkan saudara menghubungi urus setia pertandingan untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut. | Makna | 22.10.2010 |
Boleh saya tanya apa perkataan yang paling sesuai untuk menterjemah perkataan "monarch" ke dalam bahasa Melayu? Contohnya List of English monarchs. Saya tidak boleh terjemahkan monarch kepada raja sedangkan pada suatu ketika dahulu ada beberapa ratu yang memerintah mahupun sekarang. Saya punya cadangan pemerintah diraja. | Terjemahan monarch ialah raja, dalam konteks ini raja ialah ketua negara dan tidak disandarkan kepada jantina. List of English monarchs diterjemahkan kepada senarai Raja Inggeris. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2017 |