Kata |
Takrif |
Sumber |
diam I | 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hendak dicakapkan; terbuang dlm ~ disingkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (membisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu didiamkannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dll), tidak menghebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyap-senyap | 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senyap-senyap | tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyap-senyap | 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. | Kamus Pelajar |
senyap-senyap | 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~ dia masuk ke biliknya lalu tidur. | Kamus Pelajar |
senyap | senyap-senyap | Kamus Pelajar |
diam tak diam | dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuang dlm diam | disingkirkan dgn senyap-senyap | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(per)hubungan rahsia | (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak diketahui orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam-diam | dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
back stairs, back-stair(s) | adj secara /diam-diam, senyap-senyap/: ~ deals, urusan-urusan secara diam-diam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flier | be a /swift, silent, etc/ ~, terbang dgn /laju, senyap, dsb/: owls are very silent ~s, burung hantu terbang dgn senyap sekali. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hush | vt silence, a. (baby, child, etc) mendiamkan; b. (crowd, courtroom, etc) menyebabkan [n] senyap: his arrival ~ed the crowd, ketibaannya menyebabkan orang ramai senyap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
furtiveness | n sifat /berdiam-diam, bersenyap-senyap/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
furtive | adj sly, stealthy, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (of look, glance) curi-curi: he aroused our suspicion by his ~ behaviour, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; the thief was ~ in his movements, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
enforced | adj terpaksa:~ silence, terpaksa senyap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hush | n 1. stillness, silence, keheningan: not a sound was heard in the ~ of the night, tdk kedengaran sebarang bunyi pun dlm keheningan malam itu; 2. suspension of noise, senyap: there was a sudden ~ in the room, bilik itu tiba-tiba menjadi senyap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grind | ~ out, a. utter in grating voice, approp v + dgn suara yg garau: Keep quiet, he ground out, Senyap, katanya dgn suara yg garau; b. (derog) produce in a boringly routine way, mengeluarkan: they ~ out cheap novels for the undiscerning reader, mereka mengeluarkan novel picisan utk pembaca yg tdk peka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
glide | n 1. action of gliding, gliding movement, luncuran: the silent ~ of the canoe, luncuran kanu yg senyap; 2. (phon) geluncuran; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
groan | vi 1. moan, cry, a. (in pain) mengerang, mengaduh: the wounded man lay on the ground, ~ing, orang yg cedera itu terbaring di atas tanah, mengerang; b. (in disappointment, distress, etc) mengeluh: they all ~ed when their flight was delayed for the second time, mereka semua mengeluh apabila penerbangan mereka ditangguhkan bagi kali yg kedua; ~ inwardly, mengeluh dlm senyap; 2. creak, berkeriut, berkerit, berderit: the wooden house ~ed during the storm, rumah papan itu berkerit semasa ribut; 3. be weighed down, melendut: the shelf ~ed under a load of heavy books, tetingkat itu melendut oleh beban buku yg berat; the table ~ed with food, meja itu melendut krn banyak makanan di atasnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
the silent majority | majoriti senyap | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap. |
shadowban | sekatan senyap | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung. |
silent spreader | perebak senyap | Kesihatan Awam | Tiada | Seseorang yang tidak mengalami gejala sesuatu penyakit, tetapi menjangkiti orang lain. |
silent mutation | mutasi senyap | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sejenis mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain, yang tidak menyebabkan perubahan kepada asid amino, protein dan fungsi. |
quiet firing | pemecatan senyap | Pentadbiran | Tiada | Situasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri. |
silent rave | disko senyap | Umum | Tiada | Acara tarian yang memerlukan pengunjungnya menari mengikut muzik yang dihantar melalui fon kepala wayarles dan bukannya dimainkan melalui sistem pembesar suara. Sinonim silent disco. |
silent disco | disko senyap | Umum | Tiada | Acara tarian yang memerlukan pengunjungnya menari mengikut muzik yang dihantar melalui fon kepala wayarles dan bukannya dimainkan melalui sistem pembesar suara. Sinonim silent rave. |
silent substitution | tukar ganti senyap | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian bes dalam jujukan rangkaian nukleotida tanpa melibatkan sebarang perubahan dalam asid amino atau fungsi protein. |
pause | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan. |
clandestine movement | gerakan sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
sanyam | senyap (tidak bercakap) | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
dengep-dengep, denga-dengep | sunyi senyap; 1 sunyi sekali: gak kapuong pukul semilan malem ngak ~ di kampung pukul sembilan malam sudah sunyi senyap; 2 tidak kedengaran apa-apa: lian Kepalak Meteri petelabau tenawan lubeang balai ~ lalu orang dlm dewan itu senyap ketika Ketua Menteri | Melanau Mukah | |
senyap | senyep [sp] | Melanau Dalat | |
senyap | sanyap. | kedayan | |
dingau | senyap; | Melanau Mukah | |
eang kebelas | senyap | TETAW | |
buteng | keadaan kawasan hutan yg sunyi senyap sbg petanda adanya makhluk halus spt hantu, jin, dll. | Melanau Mukah | |
kesu | hal; 1 perkara: nda kena menaah ~ a tidak dapat mendengar hal orang; 2 berita, khabar; 3 bunyi: nda bei ~ sunyi senyap. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bakayawa Ir | bambu. | Andainya yang lahir dulu ialah anak lelaki, sudah tentu secara senyap-senyap Datu Ampuh akan naik ke atas loteng dan terus memukul tiang bumbung rumah dengan bakayawa (sembilu yang besar), sebanyak tiga kali sambil bertempik sebanyak tiga kali juga. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sanyam MSb | senyap. | Embo Temah begitu ego setelah berjaya menewaskan gurunya sendiri dengan teknik kotor. Kemeriahan suasana menjadi sanyam. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bulan rerak Ib | sehari selepas bulan purnama. | Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb si- men portland biasa. (KEJ) quick-stop (pemberhentian cepat) Penamatan pereplikaan dengan serta-merta apabila suhu ditingkatkan ke-42 o C dalam mutan DNA E. coli. (BIO) quiet error (ralat senyap) 1. Ralat yang dijumpai dan dibetulkan oleh pengatur cara tanpa pengetahuan pengguna atur cara. 2. Ralat yang tidak disedari dan tidak mengganggu pemprosesan secara langsung dan serta-merta. (KOM) quill error ralat panggil call error ralat peleraian resolution error ralat pengendali operator error ralat peratusan percentage error ralat rencam composite error ralat semula jadi metabolisme inborn error of metabolism ralat senyap quiet error ralat tak tentu indeterminate error ralat terwujud inherent error ralat ubahan altering error ralat warisan inherited error rale rale ramah eksekutif executive-friendly ramalan cuaca kebakaran fire weather
|
Kamus Thai 2.indb hua] ก bersembunyi: เมื่ อตำ รวจมาเด็ก ๆ ก็มุดหัวกันหมด Apabila po- lis datang budak-budak itu semuanya bersembunyi. มุทะลุ [mutalu] ว membabi buta มุบมิบ [mupmi p] ว sembunyi-sem- bunyi, senyap-senyap: รัฐบาลจัดสรรงบ ประมาณประจำปีอย ่ างมุบมิบ Kerajaan mengagih perbelanjaan tahunan se- cara sembunyi-sembunyi. มุม [mum] น penjuru, sudut มุมฉาก [-ca:k] น sudut tepat มุมประชิด [pracit] น sudut berse- belahan มุมป
|
Kamus Thai 2.indb ่ ยน [i an] ก ketagihan: หมอทำการ ร ั กษาชายติดยาเสพติดที่ เงี่ ยนจ ั ด Doktor itu mengubati lelaki penagih dadah yang sedang ketagihan. เงียบ [i:ap] ว 1 sunyi, senyap, sepi: บรรยากาศในเมืองนั้ นเงียบจริง ๆ Suasana dalam bandar itu sunyi betul. 2 diam, senyap: ขณะที่ ครูกำล ั งสอนน ั กเรียนต ้ องเงียบ Semasa guru sedang mengajar, murid- murid mestilah diam. เงียบกริบ [-kri p] ว senyap-sepi, sunyi- senyap, sunyi-sepi: เด็ก ๆ เงียบกริบเมื่ |
Kamus Thai 2.indb tersendiri เฉย [c:y] ก 1 tidak kisah, tidak en- dah, tidak ambil peduli: ถูกด ่ าว ่ าก็เฉย Diusik dengan teruk pun dia tidak ki sah. ว 2 diam, senyap: นิ ่ งเฉยไม ่ พูด diam tanpa bicara เฉย ๆ [-c:y] ว begitu sahaja: รถของ เขาจอดไว ้ เฉย ๆ Keretanya diletakkan begitu sahaja. เฉลย [cal:y] ก menerangkan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
senyap-senyap | [se.nyap.se.nyap] | ٢ سڽڤ |
senyap | [se.nyap] | سڽڤ |
bersenyap-senyap | [ber.se.nyap.se.nyap] | برسڽڤ-سڽڤ |
|
Tesaurus |
---|
| senyap (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap, Berantonim dengan bising
2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu, Berantonim dengan becok
3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap, Berantonim dengan sibuk
4. Bersinonim dengan nyenyak: lena
| Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan, |
|
|