Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KUNCI WAKTU

Kunci waktu. Kunci kombinasi ini tidak boleh

dibuka kecuali pada waktu yang tertentu seperti

yang telah dilaraskan bagi kunci tersebut. Terdapat

dua jenis kunci waktu. Yang pertama banyak

digunakan di dalam bilik kebal bank. Kunci ini

dilaraskan pada waktu yang tertentu. Hanya pada

waktu tersebut sahaja kombinasi yang didail akan

membuka kunci.

UMUM
WAKTU SOLAT

Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat.

FIZIKKonsep
PERASAAN HATI

Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau

pandangan hidup seseorang. Perasaan hati

seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau

kadangkala, dari waktu ke waktu.

UMUM
PENJIMATAN WAKTU SIANGUMUM
Waktu Min Greenwich

Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
MOMOK TASMANIA

Momok Tasmania ialah haiwan garang yang

hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan

mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan

yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada

waktu malam dan menghabiskan waktu siang di

gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat

perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih

kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya

yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya.

Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda

putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam

seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial.

Marsupial betina melahirkan anak yang tidak

terbina dengan baik. Seperti kebanyakan

marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam

kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu

ibunya sehingga ia membesar dengan lebih

sempurna.

Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong

dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus

harrisii .

UMUM
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (19391945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM
BURUNG TUKANG

Burung tukang ialah nama bagi kira-kira

70 spesies burung yang terbang pada waktu

malam atau senja. Burung ini mendapat nama

daripada tabiat pada waktu malam (nokturnal)

dan daripada bunyi sumbang burung tukang

Eropah.

UMUM
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM
PAGI

Pagi lihat Waktu piawai.

UMUM
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...