Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.

Takrif

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.

Takrif

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.

Takrif

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melentur biarlah waktu rebung.

Takrif

Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di waktu garuda alah oleh ular.

Takrif

Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.

Takrif

Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Takrif

Waktu yang singkat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menabur bijan ke tasik.

Takrif

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar.

Takrif

Menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuak terbeli, tunjang hilang.

Takrif

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.



Lihat selanjutnya...