Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TUK PULAU UBITUK PULAU UBI (1881-1955), ulama.  Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani.  Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat.  Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya.  Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMED YAACOB, TAN SRI

MOHAMED YAACOB, Tan Sri (1926-      ), Menteri Besar Kelantan (1978-1990). Dia lahir pada 3 Januari 1926 di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat, dan Sekolah Melayu Mentuan, Kota Baharu. Kemudian, dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sultan Ismail College, Kota Baharu dan memperoleh Overseas School Certificate pada tahun 1947.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,