Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertemu teras dengan beliung.

Takrif

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.

Takrif

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Teras terunjam, gubal melayang.

Takrif

Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Meski tertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

Takrif

Kebenaran yang tak dapat disembunyi-sembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersua baji dengan matan.

Takrif

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.



Lihat selanjutnya...