Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.

Takrif

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Takrif

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti anai-anai makan kayu.

Takrif

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).

Takrif

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.

Takrif

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,