Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Putus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki ditikam tunga, Tunga kecil di dalam huma; Sakit hati melihat tangga, Tangga kecil berisi bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Labuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Naik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Biarlah orang menakuk tangga, Kita selalu bertangga naik; Biarlah orang berburuk sangka, Kita selalu bersangka baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Pucuk kali mengikat tangga,
     Tangga disirat lima enam bulan;
Pujuklah hati memandang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
402

Misfortunes seldom come alone

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...